Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 8, 2010

Risau nya saya..

Memang saya perasan perubahan pada anak saya ni.
Kawan2 dia pun perasan.
Cikgu2, sanak sedara, adik beradik semua perasan.
Kebelakangan ini Anis ada masaalah dengan mata dia.
'Lazy eyes' kata doktor yang merawat dia pagi tadi.
Puncanya tak pasti.
tapi kemungkinan besar kerana mata kanan dia ada masaalah penglihatan.
Jadi dia bergantung pada mata kiri untuk melihat.
Dah tak guna tu lama2 jadi malas ( lazy) lah.
Anis marah bila saya cakap dia ada 'lazy eyes'
Bukan anis yang lazy, tapi mata tu yg lazy.
maka bermula lah episod appointment dgn dr pakar.
Ikutkan kesibukan saya sehari dua ni memang lah sibuk teramat sgt.
Tapi demi Anis, pagi tadi saya bawa dia ke HUSM.
Dan bersedialah saya untuk ke appointment2 yg seterusnya.
Nampak gaya tahun depan,
Acap lah saya korbankan cuti rehat untuk kes Anis ni.
Setiap penyakit ada ubat.
Semoga mata Anis kembali seperti sedia kala.
Sebelum itu,begini lah saya,
RISAU.

Nota: Tq atas keramahan Doktor dan jururawat di bilik no 10,Klinik KRK, Husm Kubang Krian tadi.Kalau semua Dr macam tu kan best.

3 comments:

roslaini saad said...

As-salam, sebenarnya pertama kali saya dengar kes Lazy eyes ni dari Mantan PK Hem saya dulu, kerana dia juga mengalami masalah yang sama....saya tumpang simpati, dan insyaallah...setiap penyakit ada ubatnya...

Marina Monroe said...

Moga mata anis akan actif kembali setelah menjalani terapi2 dr doktor pakar..

adanz said...

mata dia tak nampak ek? pengalaman saya di mana2 klinik mata pun ramai org, di HUSM pun saya pernah pegi beberapa tahun dulu, amik masa cukup lama, kadang dari pagi pernah sampai pukul 4 baru setel, itu cek saja belum masuk rawatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...