Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, May 6, 2014

Hadiah dari anak2 ..

Hadiahkan ibu mu ini,
Seorang anak yg mengerti bahawa
Bukan senang membesarkan mu dalam kandungan,
9 bulan 10 hari bercantum nyawa
Selamanya berkongsi darah yg sama.
Getar jantung mu anak,
Ibu mu ini lah orang pertama yg merasainya.

Hadiahkan ibu mu ini
Seorang anak yg memahami bahawa
Bukan senang membesarkan mu di sini
Banyaknya nyenyak yg tertangguh sewaktu ku mengintai intai gelombang nafas di dada mu,
Acap kali nya aku menyimpan sedu sedan dan menyembunyikan sedih pilu agar kau boleh terus ketawa.
Segala resah mu anak, aku alirkan ke benak ku agar kau tenang biarpun benak ku bernanah dlm diam.
Sentiasa mengekori jejak mu samada kau ketahui atau tidak, memimpin mu dgn bayang ku.

Hadiahkan ibu mu ini dengan anak yg mendamaikan hati
Yang membantu walau tidak diminta bantuan
Yang sentiasa dekat di hati walau di mata berjauhan
Yang menyejukkan pandangan bukan yg menyilaukan
Yang ikhlas melemparkan redup pandangan mewah sayang
Yang mendoakan kesejahteraan...

Hadiahkan ibu kamu di 'Hari Ibu' ini, di hari2 lain nya juga,
Setiap hari, setiap masa...
Dengan sikap dan tutur mu yg hanya dapat ditafsirkan sebagai...
penghargaan kamu
dan kamu memerlukan ku walau pun di saat orang lain membuatkan aku merasa tidak diperlukan.

Sekiranya usia ku bernoktah di sini, di saat ini,
Hadiahkan aku doa seorang anak yg solih,
Bacaan yassin mu yg berterusan
Dan simpan lah kenangan bersama ku itu selamanya di hati mu.
Aku sudah dapat hadiah dari Tuhan.
Hadiah yg paling bernilai bagi ku ialah kamu anak2 ku, kehadiran kamu dalam hidup ku dan sedekah doa mu diwaktu mati ku.


2 comments:

mokja said...

Hani,
tiada hadiah lebih hebat selain kehadiran anak anak .Tiada sesaat hati seorang ibu yang normal tidak mendoakan kebahagiaan anaknya,keselamatannya,kesihatannya,keimananya .
Semoga mereka pun tak lupa pada kita.

makcu B said...

Terbaik dari hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...