Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, September 22, 2014

Mereka kakak saya

Tuhan,
Kau berkatilah kehidupan kedua kakak ku ini,
Mereka kakak ku yang telah banyak berbudi kepada ku,
Mereka mengenali ku lebih dari orang lain mengenali ku
Mereka masak dengan perangai ku, mood dan 'peel huduh' ku
Tuhan damaikan hati hati mereka,
Mereka sentiasa mendamaikan hati ku di waktu aku dalam ribut perasaan, menyokong ku tanpa syarat, without condition.
Siapalah yg menangis bersama ku, ketawa bersama ku dan memanjat tangga usia bersama ku kalau bukan mereka?
Tuhan , bahagiakan lah mereka..
Aku bukan lah adik yang terbaik di kehidupan mereka ini tapi mereka membuatkan aku rasa begitu.
Tenang sabar seperti guru
Sentiasa menasihati ku dan memimpin ku ke jalan yg betul.
Mereka membuatkn aku merasakan masih ada yg ambil peduli.
Tuhan, limpahkanlah rahmat mu ke atas mereka,
Mereka membesarkan ku, membentuk peribadi ku, mendisiplinkan ku dan aku begini hari ni adalah dari tunjuk ajar mereka.
Terima kasih Tuhan,
Dengan izin Mu aku berada didalam naungan kasih sayang mereka yg menerima aku seada nya.
Luv u sisters.

3 comments:

mokjadeandell said...

Hani,
tak semua orang bertuah ada kakak kakak yang menyokong,memahami,membantu dalam susah dan senang.You are indeed lucky.Tabik pada kakak2 you.

Cheq Sue said...

3 beradik muka semuanya sama.... bertuah ada ramai kakak...

Granny Hani said...

Tq mokjadeandell and cheq su,
Sebenarnya saya ada 2 lagi kakak selain dari yg 2 ni..Syukur, Alhamdullilah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...