Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, October 4, 2014

Lembu dlm perjalanan ke syurga, kita bagaimana?

Kali ke2 kami tak sambut Aidiladha secara meriah.
Sekadar solat sunat di pagi raya dan thats it.
Tak ada pesta masak yg ngalahkan masterchef
Tak ada pesta makan dan pesta basuh pinggan
Relax dan tak ada beza dgn hari biasa
Anak anak tak balik.
Kami pun tak balik kampung.
Semenjak Ja sakit memang kami x balik kampung.
Pos anak2 yang ada sorang dua ni saja ke kampung sebagai wakil
Anak2 berhak untuk beraya
Berhak untuk berpeluh peluh urus daging korban
Mereka berhak untuk berjuang bersilat di dapur nenek dan jamu selera ramai ramai.
Mereka harus menghirup kasih sayang keluarga.
Beraya lah bagi yg beraya.
Saya kat sini bertemankan Ja tak susah hati pun.
Saya tau walau saya x buat persiapan apa apa pun,
Esuk sampai lah rezeki ke riba.
Hehehe...Home delivery gitu.
Bila saudara mara tau saya x prepare apa2, ada saja lah kiriman buat saya.
Sebenarnya bukan daging yg di kirim
Bukan nasi dagang
Bukan ketupat rendang
Bukan kek, puding atau singgang tulang...
Tapi yg berbungkus bungkus, berdulang dulang tu
Adalah kiriman kasih sayang
Kiriman perhatian dan tanda saya tidak keseorangan.
Ja, kita jgn lupa berterima kasih yer
Syukur Alhamdullilah,
Kita berdua ni masih ramai yg ambil peduli.
By the way, esuk kalau kirim hati goreng, jgn terlalu masak yer, saya suka yg kurang masak, lebih cili hijau dan plus lemak lembu tu...
Ngada ngada pulak!
Ore ingat pummm kira mujur dohhh...!
Entry blog hari ni untuk peringatkn ore hok tok berapo nak ingat terrrrr......
Asam pedas limpa terrrrrrrrrrr.....

2 comments:

Aimaniman Ezaiza said...

Sama la kita, x balik raya cuma bezanya akk x pos 3 anak ke kpg, x sanggup berpisah walau semalam... apa2 pun jgn bersedih pd pagi raya,... yg penting kita masih ada keluarga...

Ibu n Abah said...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat cikgu sekeluarga
;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...