Sebuah puisi yg di ilhamkan oleh seorang pensyarah yg saya dah lupa namanya.
Puisi ini telah di jadikan lagu dikir barat oleh Halim Yazid.
Setiap rangkap nya indah.
Tajam maksud nya.
Begitu lah kita semua, hanya nak ke seberang....
Aku pahat kayu cengal
Harap2 jadi perahu
Dayung hebat dayung sebenar
Teras kuat teras tembesu
Layar bertingkat serupa kapas gulung
Tiangnya tegak dari batang nibung
Panji kain suluk asma
Tenunan kasih wajah di kamar
Kesot/tolak perahu nak turun ke air
Mengharung lalu samudra bertabir
Tinggal pantai awal terakhir
Lawan badai ribut dan petir
Ombak jangan gila melanda
Harap tenang pantai kuala
Dayung jangan patah tak kuasa
Layar tiang jangan binasa
Brrgantung jiwa seluruh harapan
Nekad rasa arah tujuan
Serah segala pada Mu Tuhan
Aku hanya nak ke seberang.
Rasa sebak bila mengenangkan nasib diri dan bila menghayati setiap lirik kata puisi ni.
Betul lah, serah segala pada Mu Tuhan....
Aku hanya hendak ke seberang untuk bertemu Mu...
1 comment:
ia ilhan Prof. Dato' Dr. Hashim Yaacob, saya pernah melagukan puisi ini semasa membuat persembahan di DTC UM
Post a Comment