Nak ubah kedudukan perabot.
Nak heret kerusi meja almari dan segala benda dlm kumpulan perabot.
Nak bawa ke mana?
Macam biasa, heret itu ke sini, heret ini ke situ.
Suasana baru walau perabot lama.
Puas. Suka. Hobby.
Kalau kerusi meja ada suara, dah teriak minta tolong dah.
Maklum la saya buat sorang2..
Usung sorang2
Heret sorang sorang.
Entah2 dah nak tercabut setiap paku dan skru.
Entah2 dah calar mana2 tempat yg patut.
Mujur tak koyak kira ok dah.
Mujur tak ada yg rosak. Selamat.
Yang ketara terjejas cuma lah urat saraf ni
Hadoiiii..dah terasa terik sana sini, senak sana sini.
Urat tua semangat jer muda.
Suami saya cakap kenapa tak tunggu anak balik sekolah, boleh dia bantu.
Elehhh..orang lelaki mana tau.
Susun menyusun perabut ni mana boleh tunggu.
Jam tu jugak kena ubah bila dah dtg seru.
Ikhtiar sampai boleh.
Jangan tak caya, saya pernah ubah kedudukan perabut kul 3 pagi.
Dah tak leh tunggu pagi.
Duk ulang tayang dlm kepala plan baru..
Apa lagi ... buat jer.
Bangun pagi esuk, cantekkk...
Tu pun kalau boleh bangun.
Urat pinggang jem, urat betis cramp.
Padan muka kannnn.
3 comments:
exercise keluarkan peluh
nak hias umah ni kena buat terus masa ilham tu sampai..klu ditangguh tangguh memang tak jadi la... sama macam tulis blog, klu idea datang terus tulis.. klu di tunda2 mmg tak berupdate la :-)
Ha'ah padan muka. Keh3.
Teringat dulu pernah ubah susun atur katil sorg2 pukul 2 pagi. Masa tu baru lepas pantang ank no. 2.
Post a Comment