Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 10, 2020

Badan terkurung tapi otak jalan.

Terkurung dalam bilik.
Anak menantu suruh saya rehat.
Suruh tidor secukupnya seperti saranan doktor.
Ok, saya patuh.
Saya duk diam2 dalam bilik ni.
Bosan gak asyik rehat saja seharian.
Mata tertumpu pada sebuah cermin lama di dinding.
Tak berguna mana pun, tergantung kusam berdebu.
Tiba tiba dapat idea.
Almari yang berisi foto2 lama diselongkar.
Cari gam dan gunting.
Projek bermula.
Tajuk projek : Bingkai kenangan.
Sempena fasa pening kepala / uzur / kena kurung.
Taraaaaa......
Dah siap.
Cantik tak?
Maka berkumpul lah kenangan2 sewaktu anak masih kecik.
Waktu muda, waktu sihat dan kudrat kuat.
Dah masuk frame dah waktu2 indah itu
Biar foto bercerita ...
Halah halah halahhhh...
Bising pulak budak2 ni, pakat duk marahkan saya.
"Mummy tu,kita suruh duk rehat diam diam bukan nya dengar "
Pandai pulak mereka membebel, nurun sapo larrrr....
Well guys, now you know where you all got those ' degil ' and ' keras kepala' from.
Its in the genes...
Don't ever forget that....
Gottcha!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...