Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 3, 2020

Petua pemalas no 2.


Dengan rela saya kongsi ilmu tau.
Tak kisah la ilmu sesat ke tidak.
Nak ikut, ikut..tak nak, sudah.

                                      Ni cara saya tumbuk cili padi.
Tak kira la nak buat sambal ke nak buat apa
Masukkan dlm plastik dulu.
Jangan ikat kemas nanti pecah plastik tu.
Dua sebab kena buat macam ni
1. Tak merecik ke mata.
2. Tak payah cuci lesung batu.
(Kan dah cakap saya ni pemalas)
Lepas tumbuk, buang jer plastik tu.
Tumbuk bwg ke, halia ke, apa2 saja boleh..
Untuk kuantiti yg sikit saja tau.
Alah, plastik tu murah jer..
Sabun cuci Axion tu lagi mahal.

Jadi....
Beli plastik ni dulu.
Simpan sebelah lesung batu
Jangan letak jauh2, malas pulak nak cari.
Nama pun pemalas.
Katakan bye bye pada pedih mata.
Selamat menternak kuman malas.

4 comments:

mokjadeandell said...

Idea yang menarik ni. Boleh di tiru.

Kak Rose said...

Ade gak plastik ni, nnti boleh lah cuba.

Nik said...

Huhu..bgus jgk idea malas gini...

Anonymous said...

tq ..tips yg bagus ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...