Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, September 4, 2009

Bahang Raya

Soalan untuk anak2...
Baju Raya dah beli?
Kasut dah beli?

Soalan untuk kita...
Baju raya? Kasut? Handbag? Tudung? Kerongsang? Lipstik?
Alas meja? Langsir? Carpet? Sarung kusyen?
Tea Set? Sudu garfu? Napkin?
Lampu hiasan?
Pelita minyak tanah?
Bahan buat biskut?
Bahan buat masakan pagi raya?
Dah tempah itu ini?
Buah tangan untuk Mak?
Untuk mertua?
Untuk someone special?
Dah tukar duit baru?
Dah bayar fitrah?
Zakat?

Kalau ada orang kata anak2 lah yang beraya sakan...rasa2 tak betul tu...
Mereka ke kita???

Thursday, September 3, 2009

Aku tak sengaja tau.

Ada orang tu dari tadi duk belek dairi..
catat apa?
Duk kira apa?
Kira budget kementerian dalam negeri?
Ke duk check tarikh2 penting yang patut di highlightkan?
Tau lah, raya dah dekat...
Senarai semakin panjang,
Supermarket pun makin meriah tu
Time terawikh jer makin kurang makmum nya.
Apa?
Apa senyum2???
Oh itu....Naper tak cakap siang2?
Sory lupa.
Ampunnnn...
Terima kasih mengingatkan ku,
gaji dah lama terima,
tapi harga kain yang aku beli dari mu
belum aku jelaskan.
Sooooooorrrrryyyyyyy!!!!!!

Wednesday, September 2, 2009

The excess baggage

Why eh? My weighing machine is not being costumer friendly with me lately. The reading is stuck to the previous one..Lazy to move or what? Please dear machine, do not make me mad, u won't like me when I am mad.I thought during the fasting month u should move anti clockwise but now u are in no condition of moving to that direction.Come on what happened??
Hahaha...as if I don't know. I know it and u know it too...Yes, it must be the 'Jala Mas, Buah Tanjung, Akok' or 'Pengat, Serawa Telur,Ketupat sotong' that glued the needles. Or may be the 'kerutup Daging, Ayam percik, Gulai kawah' or 'Cendol, Air Bandung,Air soya' or 'Late night Roti Canai n Colek Campur Kg Cerang'
Well now it is clear n loud,the verdict is.....
The weighing machine is not guilty,
I AM.

Menu semalam


Kalau tak ingatkan ini bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang menduga kesabaran ku dalam menjalani ibadah puasa ni memang sah kena orang tu hari ni..
Sabarrr, semoga tuhan berikan ku kesabaran.
Semalam aku ke Bazaar Ramadhan dengan anak ku. Niat ku hanya untuk membeli sedikit lauk untuk berbuka kerana semalam tu memang aku dah set dlm otak yang menu nya ialah "lauk tunjuk' dan 'kuih tunjuk'. Ye lah bila tak ramai yang ada kat rumah aku pun jadi malas nak masak.
Tempat yang aku tuju ialah tempat yang tak pernah2 aku kunjungi..nak cuba cuba. Anak ku beriya iya nak kan lauk ikan keli percik yang dah siap di bakar. Aku ikutkan sajalah selain dari membeli sejenis dua lauk lagi.
Bila tiba waktu berbuka, lauk yang pertama anak ku jamah ialah ikan percik tu lah...Haah, jangan tak tau, ikan tu rupanya dah busuk, agaknya yang tak habis di jual semalam. Geram sungguh aku. Kalau yer pun nak niaga, jangan la guna taktik kotor..Bab bazir duit tu satu, yang aku frust ialah kesian anak ku yang harap sangat nak makan ikan tu..Selain ikan tu, lauk lain yang aku beli dari dia semuanya boleh dikatogorikan sebagai 'TAK SEDAP'. Memang salah aku nak experiment gitu.Serik. hari ni kalau aku beli pun, lebih baik aku beli dari orang yang aku sudah biasa dan sudah terkenal dengan keenakkan juadah yang di pasarkan..Niat nak tolong/bantu peniaga yang baru bercambah rupa nya buat frust dan sakit hati saja..Dah tu tak pasal2 kurus pahala posa ku sbb sepanjang waktu makan tu aku tak habis2 duk bebelkan dia..
Agaknya terbelahak dia tak?

Tuesday, September 1, 2009

Melentur buluh dari rebung

Alhamdullilah. Hari ni dah masuk hari ke sebelas Ramadhan. My youngers daughter Anis masih belum meninggalkan puasa. Masih gagah menjalani ibadah puasa seperti orang dewasa. Tahun lepas Anis berpuasa genap 30 hari walau pun itu merupakan tahun pertama dia mula belajar berpuasa.Tahun ini insyaAlah kalau tidak ada keuzuran katanya dia nak juga cukupkan sebulan berpuasa. Hari tu tak sempat sahur, dia teruskan jugak berpuasa walau aku menasihati nya supaya puasa sekerat hari saja. Sewaktu dalam perjalanan balik ke Kb dari kl pun dia tetap berpuasa dan dia tidor sepanjang perjalanan untuk mengurangkan letih.Syabas anak ku.
Paling seronok tengok dia sewaktu berbuka. Dia lah orang pertama duduk di meja makan. Makanan kegemaran nya senang saja, sepotong ayam pecik dan air kelapa. Waktu sahur dia hanya makan 'scrambled eggs' dan air cincau campur soya..Hari2 itu lah menu tetap nya..Itu menu tetap, menu tambahan tak cakap lagi..Dia tak lari dari nak itu ini masa siang berpuasa. Kfc, Ice cream, kueh itu ini, lauk itu ini..nama pun budak, biasalah. Orang tua pun kekadang lebih dari budak bab membazir makanan di bulan Ramadhan nih...
Heran jugak ye, kalau budak berusia 8 tahun boleh menahan lapar dahaga, tak malu kah orang dewasa yang sihat tubuh badan seringkali ponteng puasa???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...