Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, September 1, 2009

Melentur buluh dari rebung

Alhamdullilah. Hari ni dah masuk hari ke sebelas Ramadhan. My youngers daughter Anis masih belum meninggalkan puasa. Masih gagah menjalani ibadah puasa seperti orang dewasa. Tahun lepas Anis berpuasa genap 30 hari walau pun itu merupakan tahun pertama dia mula belajar berpuasa.Tahun ini insyaAlah kalau tidak ada keuzuran katanya dia nak juga cukupkan sebulan berpuasa. Hari tu tak sempat sahur, dia teruskan jugak berpuasa walau aku menasihati nya supaya puasa sekerat hari saja. Sewaktu dalam perjalanan balik ke Kb dari kl pun dia tetap berpuasa dan dia tidor sepanjang perjalanan untuk mengurangkan letih.Syabas anak ku.
Paling seronok tengok dia sewaktu berbuka. Dia lah orang pertama duduk di meja makan. Makanan kegemaran nya senang saja, sepotong ayam pecik dan air kelapa. Waktu sahur dia hanya makan 'scrambled eggs' dan air cincau campur soya..Hari2 itu lah menu tetap nya..Itu menu tetap, menu tambahan tak cakap lagi..Dia tak lari dari nak itu ini masa siang berpuasa. Kfc, Ice cream, kueh itu ini, lauk itu ini..nama pun budak, biasalah. Orang tua pun kekadang lebih dari budak bab membazir makanan di bulan Ramadhan nih...
Heran jugak ye, kalau budak berusia 8 tahun boleh menahan lapar dahaga, tak malu kah orang dewasa yang sihat tubuh badan seringkali ponteng puasa???

4 comments:

DrSam said...

alhamdulillah. Melentur buluh memang dari rebung. Insyaallah, Anis akan jadi anak yang baik dengan didikan yang baik dari ibubapanya.

hani@debumelukut said...

tq DrSam, InsyaAlah.

maiyah said...

salam.. wah bleh ler dpt duit raya lebih

hani@debumelukut said...

budak budak camtu lah..mak budak pun nak jugak duit raya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...