Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 29, 2011

Lelaki ini

Senyuman ini...
Pandangan mata ini...
Dua orang lelaki ini,
Bisa saja menjadikan hati seorang nenek seperti aku,
Bahagia.

Wednesday, December 28, 2011

Catatan perjalanan sebagai jutawan

Dah biasa sangat ke sini.
Dah acap saya lawati.
Tak der yg pelik lagi.
Biasa biasa aja.
Seronok satu saja-jadi jutawan.
Jadi jutawan segera kata kawan2 saya.
Jutawan rupiah pun tak per, merasa jugak bergelar jutawan.
Kali ni saya nak share foto2 ni.
Apa kata orang lain.
Apa komen tuan puan setelah lihat foto2 ni.
Cer kongsi.
Komen saya satu jer.
BERTUAH LAH SAYA DI LAHIRKAN DI MSIA DAN JADI RAKYAT MSIA.

Di kaki lima ini byk kereta sorong menjual makanan yg di anggap murah dan termampu oleh mereka yg kurang kemampuan.
Walau kami hanya kuli gomen di negeri sendiri, kami masih boleh menjamu selera dalam keadaan bersih.Syukur ya Allah.
Di sini lah tempat tinggal anak2 mereka yg kurang kemampuan, terhimpit diantara arus pembangunan.
.Sebagai pelancong dari Msia, anak saya merasai tinggal di tempat yg lebih selesa berbanding anak2 mereka.Alhamdullilah.
Anak2 sebaya anak saya ni bermain muzik di jalanan bagi mengisi perut.
Anak saya sempat belajar main angklong dari pengasas Angklong yg tersohor sewaktu kami menonton persembahan beliau.Terima kasih Tuhan.

Tak dinafikan, ramai yg kaya raya di negara mana pun,
Saya bukan tergolong dlm golongan kaya raya,
Di sini saya hanya golongan yg cukup bulan terima gaji.
Tidak mewah tapi mencukupi.
Saya bawa anak2 saksikan dgn mata mereka sendiri kepayahan orang lain.
Tengok lah, lihat lah anak,
tidak semua yg kita nak kita dapat tapi apa yang kita dapat tu adalah rahmat.
Bersyukur lah.

Tuesday, December 27, 2011

Akibat menolak cadangan saya..

Apa yang lebih menyakitkan dari rasa sakit hati?
Sakit gigi.
Aduhhhh, sakit tau!
Tapi,
Bila sakit hati bercampur sakit gigi....
Laaaaaaaaaaaaagi lah sakit!
Huhuhuhhuuu...Adoiii mak sakitnyer.

Hehehe...
Selamat bersakit gigi lah awak,
tu lah kita suruh cabut tak ndak, dah tu nak marah2 orang lak.....
Sedapnya ABC dengan gula melaka ni...........Awak nak?
la la la la..................
Amaran dari kerajaan Msia
AWAS!
'MERBAHAYA KEPADA PERAHU2 KECIL"
Baik saya lari main jauh2 ni...............

Tuesday, December 20, 2011

Nasib baik saya bukan mengidam..

Ada ubi ada batas.
Ada hari nak sangat ku balas, nak sangat sangat.

Ada ubi ada pengat.
Ada hari nak ku piat piat...

Ada ubi ada tapai,
Ada hari mau saja ku tibai..

Ada ubi boleh gali,
Ada hari ke tak de hari ke, ada yg tengah sakit hati ni...

Sakit hati macam nak meletup dada..
Saya ni punyalah teringin nak makan pengat ubi, frust sungguh bila kena buang hampir separuh ubi2 yg di beli dlm tong sampah..Itu lah saya, kalau beli apa2 tu tak pernah nak pilih2,harapkan kejujuran si penjual aje. Hampehhhhh!

Sunday, December 18, 2011

Maha Megho

'Maha Megho'.
Bagi orang kelantan perkataan atau ungkapan ni membawa maksud sesuatu yg memerlukan kos yg tinggi untuk di selenggarakan atau mahal kos untuk maintainance.
Contoh kereta mewah. Dah la harga di pasaran tinggi, nak maintain tu bukan main lagi..
Ada orang mampu beli kereta mahal tapi tak mampu maintain..Hahahahaaa....
Semalam kawan saya yg baru belajar perkataan 'maha megho' ni cakap dia pun spesis maha megho jugak.
Sakit2 perut saya gelakkan dia.
Mau nya tidak, dia cakap dia tak boleh hidup tanpa kemudahan seperti seorang bibik, blackberry, duit poket yg mencecah 4 angka, kereta dan pemandu peribadi, kos rawatan hospital swasta yg tersohor, kediaman yg serba ada dan peluang melancong ke luar negara sekurang kurangnya sekali dalam setahun (selalunya lebih dari sekali).
Bukan 'Maha Megho' namanya tu?
Bertuah lah dia kerana sememangnya dia mempunyai suami yg kaya raya dan amat menyayangi diri nya. Dalam gelak2 melawak katanya kalau ada org sanggup biaya kos yg di tuntut tu baru boleh cuba dekati dia... ..Jadi kalau rasa kos tu tinggi jgn cuba2 nak kenen2 dia tau.
Dia hanya melawak tu, saya tau dia tidak macam tu, jadi jgn menilai dia dgn lawak2 spontan dia tu.Saya kenal dia, sgt kenal cuma saya rasa ada jugak betul kata2 dia tu.
Cinta sahaja tidak dapat membeli beras untuk ditanak..tak gitu?
Saya?
Saya rasa kos penyelenggaraan saya tak lah setinggi tu..
Janji peti Ais penuh dgn bahan untuk saya memasak, maka happy lah saya.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..
Nasib baik lah kerajaan malaysia dan hubby sanggup kongsi kos sara hidup saya ni.
Dan Tuhan tidak pernah lupa memerhatikan saya dari jauh...
Amat berharap belas kasihan dari Mu Tuhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...