Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, December 18, 2011

Maha Megho

'Maha Megho'.
Bagi orang kelantan perkataan atau ungkapan ni membawa maksud sesuatu yg memerlukan kos yg tinggi untuk di selenggarakan atau mahal kos untuk maintainance.
Contoh kereta mewah. Dah la harga di pasaran tinggi, nak maintain tu bukan main lagi..
Ada orang mampu beli kereta mahal tapi tak mampu maintain..Hahahahaaa....
Semalam kawan saya yg baru belajar perkataan 'maha megho' ni cakap dia pun spesis maha megho jugak.
Sakit2 perut saya gelakkan dia.
Mau nya tidak, dia cakap dia tak boleh hidup tanpa kemudahan seperti seorang bibik, blackberry, duit poket yg mencecah 4 angka, kereta dan pemandu peribadi, kos rawatan hospital swasta yg tersohor, kediaman yg serba ada dan peluang melancong ke luar negara sekurang kurangnya sekali dalam setahun (selalunya lebih dari sekali).
Bukan 'Maha Megho' namanya tu?
Bertuah lah dia kerana sememangnya dia mempunyai suami yg kaya raya dan amat menyayangi diri nya. Dalam gelak2 melawak katanya kalau ada org sanggup biaya kos yg di tuntut tu baru boleh cuba dekati dia... ..Jadi kalau rasa kos tu tinggi jgn cuba2 nak kenen2 dia tau.
Dia hanya melawak tu, saya tau dia tidak macam tu, jadi jgn menilai dia dgn lawak2 spontan dia tu.Saya kenal dia, sgt kenal cuma saya rasa ada jugak betul kata2 dia tu.
Cinta sahaja tidak dapat membeli beras untuk ditanak..tak gitu?
Saya?
Saya rasa kos penyelenggaraan saya tak lah setinggi tu..
Janji peti Ais penuh dgn bahan untuk saya memasak, maka happy lah saya.
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..
Nasib baik lah kerajaan malaysia dan hubby sanggup kongsi kos sara hidup saya ni.
Dan Tuhan tidak pernah lupa memerhatikan saya dari jauh...
Amat berharap belas kasihan dari Mu Tuhan.

9 comments:

LIPISLADY said...

Sallam Cikgu Hani,

Bertuahnya badan dapat hidup dalam kemewahan...

azieazah said...

Bagi orang yang terbiasa lahir dari dulang emas, memang maintenancenya tinggi sepanjang hayat.

MaWar said...

syukur seadanya...

Aku said...

aku jenis beli boleh tapi nak maintain tak mampu sangat... malas nak maintain pun ye juge...

SiapaSayaTakPenting said...

Hurmmm..beruntungnye lah badan kalau dapat semua2 tu..Saya ni jauh sekali nak maha megho..kos sara hidup saya ni suam-suam kuku saje..:)

insan_marhaen said...

kalau orang perak kata - mahe bebeno.

Cikli said...

TAKDAK SABDU PAYOH NOK PAHAM

secangkir madu merah said...

beruntunglah kpd sesiapa yg beroleh rezeki yg melimpah ruah tapi belajarlah bersyukur dgan apa yg kita miliki...

Cik Sibuk said...

Susah si suami nak maintain wife yang high maintenance ni..

tapi lagi kesian kalau ada suami yang high maintenance, tapi si isteri yang kena ikut sama keluar bekerja berkorban support tekak suami yg high maintenance..heheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...