Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, June 7, 2011

N3 tunjuk perasaan..Tak nak baca pun tak apa.

Nak baca jugak go ahead.
Tapi make sure ada insyuran nyawa
Boleh merbahayakan kesihatan nih.
Saya panas hati.
Terbakar.
Rentung.
Geram.
Kesal.
Marah
!!!!!!!!!!!
#####
^^^^
******
Kalau api ini nampak di mata,
Boleh BBQ lembu sekor.
Pun masih berbara dan menyala,
Nak didihkan salji di kutub utara pun boleh ni.
Saya tahu marah adalah percikan api dari neraka.
Syaitan iblis meniup niup gembira..
Hari ni saya kalah pada hasutan mereka.
Tapi siapa lah saya untuk tunjuk perasaan?
Kalau NGO tu kerajaan pertimbangkan jugak,
Kalau saya jadi hantu camna?
Hantu NangNak tak boleh sebab saya bukan mati beranak.
Toyol pun tak boleh, saya segan nak telanjang gitu.
Pontianak?
Boleh kut sbb gigi saya memang ada taring cuma gemuk camni boleh ke terbang...?
Nak makan budakkkkkkkkkkk........

Monday, June 6, 2011

Kalau tak sedap salahkan resipi..Petua memasak dari mummy.

Janji dengan dia.
Cuti sekolah boleh buat cupcakes.
Hari hari duk tanya bila nak buat.
Jadi hari ni saya biarkan dia dgn projek 'Cupcakes' dia tu.
Bibik jgn kacau,main jauh jauh..
Anis tak nak di ganggu tu.
Saya cuma bantu pergi kedai belikan bahan2
dan print resipi dari blog kekawan.
Macam kapal pecah dapur saya hari ni.
Semua kelengkapan buat kek dikeluarkan dari kabinet.
Mcm nak raya pulak rasanya.
Siap buat buttercream ising lagi.
Ni lah hasil nya.
Kerja budak umur 10 tahun.
Maka siaplah Oreo cupcakes dan Red velvet cupcakes tadi.
Anis, mummy salute you lah.
Biarpun tak secantik cupcakes orang lain buat,
Anis ada daya kreativiti sendiri.
Bagi mummy cupcakes Anis tu cantik.
Sedap.
Tengok la anak siapa kannnnn.

Sunday, June 5, 2011

Nak satu.

Dia di belakang saya.
Dari jauh dah kedengaran enjin bergema.
Meter saya cuma 140.
Meter dia berapa a?
Saya ke lorong d kiri.
Tau dia mesti nak potong.
Bagi jalan.
Zupppppp....!
Berdesing dia overtake kereta saya.
Bapak siapa atau anak siapa lah yg bertuah boleh pandu kereta ni.



Ini mesti yg duit lebih ni..
Nasib baik kereta saya bukan kereta sports,
hanya sebuah kereta tua,
dan saya pun dah tua.
Kalau tidak, mau aje saya kejar dia.
Bukan apa, saja nak beritau dia,
saya pun ada kereta macam ni.
Betulll..,
Itu hari bila isi minyak,
dapat free 2 buah dan berbulan saya letak atas dashboard.
Sekarang dah hilang dah..

Friday, June 3, 2011

Enjin kereta ok, enjin saya yg meragam.

Saya penat.Saya letih. Saya tak larat.
Saya sakit sakit satu badan.
Dah lah selsema, nak makan ubat selsema takut x leh memandu.
Nak tak nak, terpaksa bersin sepanjang perjalanan lah.
Sekarang saya di Ipoh.
Tadi anak2 nak ke 'Lost World Tambun'.
Jadi, dari Cameron Highland saya turun ke Simpang Pulai dan terus ke Taman tema tu.
Sekarang saya bermalam di sebuah hotel di Ipoh.
Baru kejap balik dari Ipoh Parade.
Phuhhh....semput di buatnya.
Budak2 ni tak reti letih pun.
Saya ni kalau ibaratkan tong gas,
Dah tinggal tak sampai separuh balang dah...
Hampir habis gas dah ni...
Penat awak.
Biasa lah, enjin lama cepat semput.

Thursday, June 2, 2011

Saya rasa x adil tapi Tuhan ada alasan yg kita tak tau.

Dua dua kawan saya.
Si A anak yatim dari kecik. Tidak cemerlang dlm pelajaran dan kemiskinan membuatkn dia terpaksa berhenti sekolah dan kawin dlm usia muda. Bercerai juga dlm usia muda..selain kehilangan suami tempat bergantung dia juga tidak mendapat hak penjagaan anak2. Sekarang di usia awal 50an dia masih kerja sebagai pencuci bangunan untuk sesuap nasi.

Si B anak pegawai daerah yg disegani. Cantik putih gebu. Graduan U dan suami seorg doktor pakar. Anak pun 3 jugak dan bahagia menghabiskan usia dgn keluarga tanpa mengenal pahit kehidupan.

Di bulan ramadhan, Tiap2 mlm si A dtg ke rumah saya untuk tumpang kereta saya ke masjid negeri untuk solat terawikh.Di masjid saya sering duduk/solat di sebelah kawan saya Si B. Saya kenalkan mereka berdua. Setiap tahun Si A mendapat zakat dari Si B. Si B pernah ajak Si A kerumah nya. Tapi Si A mengelak dgn berbagai alasan, sebenarnya dia segan.

Saya akui saya ni jahil dan iman pun tak tebal mana. Oleh itu bila bersolat dgn mereka berdua di kiri kanan saya, mau saja saya berdoa macam ni...
" Ya Allah ya Tuhan ku, berikan lah sedikit bahagia B yg berlebihan itu kepada A kerana A tidak pernah ada bahagia sedangkan B begitu mewah bahagia..."
Apalah saya ni...Pandai pandai Pulak. Tuhan adil dan pemurah. Tuhan juga maha pengampun maka ampunkan lah saya kalau kadang2 tu saya rasa macam kehidupan ini ada kalanya tidak adil...
Pernahkan awak rasa begini juga?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...