Kalau bab 'Kontrol ayu' ni saya tak berapa pandai lah.
Lenguh kaki tangan duk diam terpaku..
Kaku lidah bila terpaksa kunci mulut.
Malam tadi saya iringi hubby ke majlis formal.
Maklumlah, nama pun Anual Dinner, semua yg sepatutnya hdir tu hadir lah.
Saya duduk seratus peratus menjaga adap sopan di meja makan.
Makan pun ambik nama sentuh hidangan saja.
(Ikut hati nak culik mata ikan masak nyonya kegemaran saya tu...)
Mana nak lalu, dalam otak asyik pesan pada diri sendiri 'Mind your table manners dear!'
Pas tu adalah persembahan...
Kalau tak kerana control ayu, sah saya lah orang paling kuat tepuk tangan bila kawan saya keluar menyanyi.
Kalau dengan geng2 sekepala saya siap berdiri..standing applaud lagi u.
Jgn tak tau kadang tu boleh gak 'boo..' orang..
Keluar bagi bunga atau teriak2 usik orang tgah nyanyi.
Dah nama pun kaki bising..
Tapi malam tadi saya tak macam tu awakkk..
Saya tepuk pun stail mak2 datin gitu..tiga batang jari jer.
Senyum sikit2 cukup..Nak gelak2 out of question lah.
Adoii...penat nya cuba jadi orang lain nih!
2 comments:
Salam Kak Hani,
Kelakar betul apabila Kak Hani menjadi orang lain.... apa cerita terkini banjir di KB...? Niat hati nak balik esok, tp risau, takut di Sg Tong...!
Jadilah diri sendiri kerana diri anda sudah cukup baik. Semuanya ada pada diri anda, tinggal lagi manusia dijadikan tidak pernah sempurna.
Post a Comment