Baca sms dari Za di JB.
Katanya dia sedang di kantin sekolah bersama kawan2.
Ingat tak Za, dulu kita lah tetamu tetap kantin.
Ingat tak lagi kejadian di kantin dulu?
Tak dapat saya lupa kisah 'Lawak Laksa' ni.
(Sekarang pun saya sedang tersenyum sambil menaip ni.)
Ok, kita kongsi kisah tu..sebahagian boleh kongsi,
(seluruh cerita masih menjadi rahsia kita kan Za.)
Alkisah ada lah dua org cikgu yang suka makan laksa.
Za suka makan laksa.
Saya pun.
Memang satu Malaya tau fakta ni.
Satu hari sekolah kami buat sambutan sempena apa tah. Lupa.
Siap jemput orang besar besar lagi.
Meriah, pagi sampai petang.
Kami yg bertugas di acara dewan ni sibuk kat belakang pentas dengan murid2.
Tau2 perut dah berkeroncong.
Kami pun ke kantin untuk tengok2 apa yg patut untuk di makan.
Wahhh...Terhidang laksa di meja belum di sentuh.
Rezeki kami lah nampak gayanya, ingatkan dah habis.
Kami pun tak toleh kiri kanan, terus duduk dan makan.
Sedap nyer...lepas tambah kuah, tambah laksa dan begitulah seterusnya.
Hmm..kenapalah tak ada bayang seorang cikgu pun kat kantin ni.?
Kemana semua orang yer...?
Tak kan semua dah kenyang, tinggal kami berdua jer.
Lagi pun hidangan nampak belum terusik.
Nak tau tak kesudahan nasib kami yg sedang mengadap laksa tu?
Heheheeheee...itu lah, mak saya dah cakap, jgn gopoh, kalau yer pun bawak bersabar.
Rupanya semua cikgu2 sedang makan di meja yang di khaskan untuk guru di bilik sebelah.
Dah tu? Kami makan ni hidangan untuk siapa?
Tuuuu...Untuk Dif2 kehormat yang sedang berjalan masuk di iringi Tn Guru besar.
Mak tolongggggggg!!!!!
Astagfirullahh...silap parking kami nih.
Gelak la awakkkk...kena batang hidung sendiri baru tau camna kami rasa waktu tu.
2 comments:
haa3...tak dapat bayangkan apa terjadi seterusnya.
Lain kali hati2 di jalanraya...
itulah antara berderetan rahsia komedi seram antara kita.Sebab itulah Allah pisahkan kita. Bila bersatu kita menjadi terlalu *NAKAL*
Post a Comment