Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, December 7, 2010

Kedudukan saya di mana?


Adakah saya pernah menjadi yng terbaik untuk orang lain?
Soalan bodoh.
Saya sentiasa mencuba tapi saya jauh dari itu.
Dari kecik saya cuba untuk memenangi hati orang tua.
Tapi saya tidak pernah mendapat tempat yzng istimewa di hati mereka.
Saya tau saya adalah seorng anak yang nakal,degil dan sentiasa mencari masaalah.
Mujurlah mereka sabar dengan kerenah saya.
Di alam remaja saya ramai kawan.
Saya kagum dengan kelebihan yang ada pada kawan2 saya.
Saya nak juga ada kelebihan begitu.
Tapi saya adalah saya..'Jack of all trades but master of none'
Kawan kawan ada yang menerima saya seadanya dan saya terpaksa berpuas hati begitu.
Saya hanya tidak yang terbaik buat mereka tapi bukan menjengkelkan.Kira ok tu..
Bila dewasa saya impikan di sayangi seperti Laila Majnun,seperti Mumtaz Mahal..
Saya lupa bahawa cinta sejati itu mahal harganya.
Mungkin saya bukan orang yang bertuah seperti juliet sehingga ada orang sanggup mati untuk dia.
Untuk menjadi begitu saya harus cerminkan diri saya dahulu.
Aduh, Juliet keturunan bangsawan,cantik, terpuji dan saya?
Setelah bergelar isteri saya rasa saya masih tidak sampai ke tahap terbaik, mithali.
Malah amat jauh dari terbaik.
Bukan tak pernah berdoa dan berusaha.
Bukan juga nak menyalahkan sesiapa.
Tapi pengalaman hidup membuktikan yang saya ini serba kekurangan.
Tak apa lah..Saya melatih diri saya untuk redha.
Setelah menjadi ibu saya merasakan anak2 saya adalah yang terbaik buat saya.
Syukur saya melimpah ruah.
Tapi didalam hati saya merasa kesal,
Saya tertanya tanya..
Adakah saya ibu yang terbaik buat mereka?
Bahagiakah mereka menjadi anak saya?
Adakah saya ibu yang membahagiakan?
Sekiranya dapat di jual beli kasih ibu,
Adakah mereka akan gadai kasih sayang saya
dan membeli kasih sayang yg lebih baik?
Pernahkah saya menjadi yang terbaik untuk mereka?
Pernahkah?

4 comments:

Kuasai Minda said...

Setiap daripada kita adalah yang terbaik untuk diri sendiri...jika kita menginginkan kebaikan itu. Tak perlu membandingkan dengan orang lain kerana kita lebih tahu apa yang kita mahukan untuk diri kita...

mokja said...

Jadilah terbaik untuk diri sendiri dahulu kerana menjadi terbaik untuk orang lain,belum tentu dihargai.
Tapi itu bukan mudah untuk seorang ibu.Mementingkan diri sendiri.Selalunya kita menjadi lilin buat menerangi orang lain bila putus letrik.
Redha sajalah.Semoga balasannya manis disana...kalau bukan disini.

Makcu B said...

Kalau orang letak kita, dimana2 pun kira nasiblah tapi kalau diberi pilihan, duduklah di tengah2 antara kasih suami dan sayang anak2. Hantu pun tak dapat makan orang yang duduk di tengah2. hi hi hi....

Aida Ali said...

Catatan monolog yang mengesankan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...