Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, December 22, 2010

Ku susun jari sepuluh


Alhamdullilah, segalanya berjalan lancar.
Majlis dah selesai.
Menantu dah pulang semula ke tempat kerja.
Sedara dah kembali ke rumah masing2
Saya seperti biasa melaksanakan rutin harian.
Penat. Letih. Seronok.Happy.Puas.Syukur.
Tapi orang lain rasa mcm ni jugak ke?
Adakah saya abaikan apa2 di majlis hari tu?
Ada tak tamu saya yang tak sempat saya layan?
Ada tak yang tak dapat buah tangan?
Ada tak hati yang terkilan?
Ada tak yang rasa tidak di beri perhatian?
Maafkan lah saya..
Kalau boleh satu perkara pun saya tak nak terlepas pandang.
Oleh kerana saya ni manusia biasa, saya akui itu adalah kesilapan saya.
Maka maafkanlah kekilafan saya dan ahli keluarga saya,
seandainya ada cacat cela di majlis itu..
Harap2 semua yang hadir jangan serik yer,
semoga datang lagi untuk memeriahkan majlis saya di lain kali.
Kehadiran kalian lah yang menjadikan majlis saya ceria.
Terima kasih daun keladi..

1 comment:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Alhamdulillah...dah selamat majlis perkahwinan.
Saya pulak tengah risau nak menguruskan majlis anak perempuan tahun depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...