Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, December 9, 2010

Melangkah ke alam perkahwinan.

Semua persiapan dah beres. tip top.
Barang yang perlu di bawa dah siap masuk kotak.
Pakaian dah siap masuk beg dah.
Bekal makanan semestinya tidak boleh tidak.
Semua yang terlibat dah di beri penerangan mengenai perjalanan majlis tu nanti.
Sedara2 semuanya teruja, maklum lah dah lama kami menanti saat ini.
Perancangan nya setakat ini masih licin, tak de apa2 masaalah.
Esuk, lepas asar InsyaAllah kami akan bertolak.
Sebuah bus dan 6 buah kereta.
Dengan satu tujuan.
Ke Kedah untuk majlis perkahwinan Along.
Demi Along ke hujung dunia pun kami pergi.
Nenek Along lah yg paling happy, dah lama tunggu cucu naik pelamin.
Saya maknya biasa lah, perasaan bercampur aduk.
Sentiasa mendoakan kebahagiaan anak2.
Tumpang bahagia.
Harap2 Tuhan permudahkan urusan kami nanti.
( Pakat2 lah doakan semoga cuaca baik2 saja esuk...)

2 comments:

Makcu B said...

Esok, Kelantan tak hujan. Kedah belum tau no...

Anonymous said...

mmmm saya hantar anak saya ke kindergarten umur 4thn. Satu hari bila dia bagitau yang tak payah hantar sampai kelas sebab dia nak jalan sendiri, tetiba saya rasa sebak, terasa anak saya dah makin besar tak taulah camner perasaan bila dia cakap nak kawen besok2...

-Silent Reader-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...