Pecah berderai hati.
Saya tak nak mimpi itu hadir,
Sentiasa berdoa pada Tuhan, jauhkan saya dari mimpi yg begitu.
Tapi malam tadi mimpi itu hadir.
Astaqfirullahilazim,
Patah sejuta hati ini.
Malam tadi, saya seperti biasa di sebelah dia menemani dia.
Terdengar suara dia
"Mummy....Mummy...."
Ya Allah anak ku, betul ke ni.....
Betul ke kamu sudah pulih?
Saya peluk dia sambil menangis.
Saya tanya semua orang yg ada di situ, bermimpi kah saya...
Tak, bukan mimpi...
Itu kata mereka.
Sukanya saya, syukur ya Allah,
Tuhan mengangkat doa2 saya...
Tapi
Hancur luluh hati seorang ibu,
Patah seribu, patah sejuta, pecah berderai
Mimpi itu menikam empangan tangisan
Berjurai jurai lah si air mata bila saya menyedari, segala bahagia itu hanya lah mimpi.
Belum cukupkah dugaan yg sedia ada sehinggakan saya terpaksa lalui kekecewaan yang sama berkali kali?
Saya sudah berhenti berharap supaya saya lebih tenang dan redha,
Berhenti membilang hari dan menerima dia seadanya.
Bersyukur kerana dia masih di sisi saya.
Tuhan,
Adakah aku terlalu meminta minta bila yang ku pinta hanyalah...
Jauhi mimpi begitu dari malam dan siang ku
Kerana sesungguhnya Tuhan,
Aku ini lemah dan aku takut aku tidak cukup kuat dan sabar
Untuk terus redha dengan dugaan dari Mu.
Ampunkan aku ya Allah,
Aku makhluk Mu yg lemah.
1 comment:
Kekadang mimpi itu benar.. Insyallah.. Suatu hari nanti.. Allah akan memakbulkan doa2 hambanya itu... Yang lain juga turut mendoakan yang sama..
Post a Comment