Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, January 16, 2015

Memahami


Saya dapat berita terkini suami seorang kawan baik di sahkan mengidap kanser.
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kawan saya yang sorang lagi sedang berulang alik ke hospital jugak
Katanya cucu coma selepas terjatuh dari katil
Satu2 nya cucu dia
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kawan saya yang ni pulak sakit nya datang lagi
Masaalah saraf yg serius, dah tak boleh berjalan
Dah la ibu tunggal.
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Cerita anak kawan saya yang berkawan dgn dadah dah tersebar luas
Selain dari malu dia juga hidup dalam ketakutan
Anak dah jadi ganas dan sanggup cederakan ibu bapa
Kesian kawan saya tu, harap dia kuat dan tabah
Kewangan menjadi masaalah utama bagi kawan yg sorang ni
Payahnya dia cuba untuk besarkan anak2 dalam kedaifan
Berhutang dan sentiasa mengharapkan simpati orang
Hidup berteman air mata
Kesian kawan saya, harap dia kuat dan tabah...
Dugaan hidup ni macam macam
Setiap orang ada dugaan nya yang tersendiri.
Saya ada dugaan demi dugaan demi dugaan demi dugaan
Juta juta dugaan.
Kesian saya, harap saya kuat dan tabah.
Huhuhuhuhuhuuuu......!



2 comments:

mokjadeandell said...

bila tengok orang diduga, baru timbul kesedaran dugaan tak kenal manusia.Baru rasa dugaan diri sendiri taklah sehebat mana...
Hebat org yg diduga.Lebih hebat bila dapat mengatasinya.

cgYusof said...

kami pun sekadar mampu berkata, harap Cg Hani sentiasa kuat dan tabah.... berat mata memandang berat lg bahu yg memikul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...