Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, January 22, 2015

Mentadbir negeri bukan mudah

Semenjak galas tugas bibik ni
Saya cukup pantang tengok rumah tak terurus
Bebel saja tak cukup,
Kena ugut lagi...
Wei anak negeri....
Siap la kalau saya dapat tangkap siapa
Yang tak basuh pinggan lepas makan
Siapa tak letak balik apa yang di ambil guna
Siapa yang sepahkan ruang dan tak kemas balik seperti sebelum nya
Siapa yang tak kemas tempat tidur
Siapa yang tak susun buku dan tinggal bersepah atas meja
Siapa yang sumbat segala leftovers dalam peti ais dan forget about it.
Siapa yang guna tandas seperti jakun
Siapa yang jari tu tau bukak suiz tapi x reti nak tutup.
Siapa yang tak reti2 ttup pintu kabinet dan tutup drawers
Siapa yang tak letak baju terpakai dlm mesin
Siapa yang berani buat semua ni?
Buat la kalau berani...
Ingat cerita basikal samseng yg digeruni orang kampung hilang hari tu?
Tau apa samseng itu buat?
Balik jalan laki lah....
Saya pun nampak gaya kalau dah anak negeri buat derk saja
Nak tak nak,
Sayaaaaaaa jugak lah yg kena buat!

2 comments:

Kakcik Nur said...

Hmmmmm.... kita jugalah jadi bibik yang tak bergaji...

Anonymous said...

Bagus kena tegur. jangan harap pelajaran semua a star tapi perangain macam degil dan tak elok. Kalau keja esok buli orang bawah..
so tugas dan teguran ni buat mereka humble.


people forgets cara mereka dibesarkan bila didik anak sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...