Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, March 1, 2015

kawan baru saya

Katak.
Walau tak makan orang tetap terganggu dengan kehadiran dia.
Betul la tak berbisa macam ular, tapi cukup menakutlan.
Dalam pasu ada katak
Dibawah daun hijau ada katak
Ditepi pokok paku ada
Dibawah paip dekat tempayan ada.
Sentiasa memerhatikan saya
Buat saya terkejut.
Hodoh
Tak suka
Kulit macam berkudis
Ada yg kurus kering, melompat cukup pakar.
Hinggap di sana sini
Ada yg gemuk basah
Kembung semacam
Hari2 berperang dgn mereka ni
Perang dingin.
Saya sorang buka langkah silat
Lengkap senjata mortien ridset bagai
Dia orang cool jer, diam trkebil kebil
Eh Encik Katak,
Kalau awak tu putera raja yang datang untuk selamatkan saya tak per,
Ada juga guna nya...
Kalau bukan putera raja, cukup lah awak boleh jadi tukang kebun.
Ringankan kerja saya.
Boleh?


4 comments:

Kakcik Seroja said...

Encik katak dah bosan berkawan sesama sendiri kot... :)

Hajjah Noraini @Nanie said...

Assalam Hani,

Hati2 yea, jika ada katak, takut ada ular, sebab makanan ular adalah katak.

Akak berkebun tiada masaalah katak, masaalah siput vavi, hihihi tapi ada racun yang akak beli dari nursery, lega.

Cuba Hani tanya nursery racun katak supaya katak2 tu tidak membiak dikebun bunga Hani.

insan marhaen said...

Semasa di awal ibu_suri mengalami bi-polar disorder, ntah macam mana dia cukup suka katak hijau (Kerropi).

Setiap kali ke pasaraya dia akan mencari objek bertemakan katak. Sampaikan saya terpaksa mengikut kehendakknya mencari ke Padang Besar dan bukit kayu hitam.

Koleksi katak ada puluhan kat rumah dulu. Kat kereta, sliding door, dapur habis di lekatkan sticker tema katak.

Sekarang ni dah tidak lagi. Tapi objek katak hijau akan selalu mengingatkan saya akan zaman-zaman awal pengalaman pahit saya menjaga ibu_suri...

Jika Viva saya siap diperbaiki nanti saya bercadang nak cari satu patung Kerropi untuk di gantung di cermin pandang belakang Viva sebagai satu simbolik masa lalu kami berdua...

Kniedaz said...

saya geli ngan katak huhu...lagi2 katak kecik yg ble terbang kat dalam bilik air kat kampung..huiiii....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...