Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 30, 2017

Masa tidak merubah segalanya.
Ada yg kekal tak berubah walau dah berpuluh tahun.
Masa merubah saiz.
Dulu kami kurus melidi sekarang kami berisi
Tapi masa tak merubah rasa dalm jiwa.
Kami masih rapat seperti kelmarin, hari ini dan insyaAllah selamanya.
Masa merubah wajah.
Dulu kami manis 17 sekarang garis pengalaman menghias wajah.
Tapi masa tidak merubah senyuman, lirikan mata tetap sama.
Wajah kesayangan hamba masih ku kenali sebagaimana aku kenali hati budinya
Masa merubah status..
Dulu hanya gadis pinggitan sekarang dah ada gelaran.
Dato, datin paling tidak dari cik ke puan.
Dulu sama berbekalkan duit poket 50sen kesekolah,
Sama2 menyarung kasut kanvas dan stokin putih.
Sekarang kapal di laut, gudang di darat.
Menara gading telah di panjat.
Jawatan berbeza, gaya hidup tak serupa.
Tapi masa tidak merubah ikhlas nya persahabatan.
manis nya minuman bila berkongsi cawan.
Sedapnya kueh bila berkongsi pinggan.
Masa merubah gaya hidup.
Dulu ada yg tomboy, yg bising, yg kuat bersukan
Tapi kini anggun dan penuh keibuan
Tutur lembut bersopan.
Masa merubah dunia, biarlah....
Berubah lah macam mana pun.
Kami cuma berharap masa tidak merubah hati kami.
Kalau dulu kami menerima kawan2 seadanya,
Sekarang pun kami masih begitu.
Bila bertemu kami kongsi rindu.
Kongsi cerita payah, kongsi air mata
Kongsi gelak tawa, kongsi bodoh juga



InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi.
Dari hati Hani buat kawan2 yg disayangi.

4 comments:

Anonymous said...

Err..Dr Siti Zaiton tu kan...kawan mummy rupanya..

Granny Hani said...

Yer, kawan dari kecik lagi.by the way siapa anonymous ni?

Anonymous said...

saya bkn sape2 pun. juz "silent reader" blog mummy sejak kisah Ja sy dengar dlm kalangan staff kesihatan. dan Dr Siti tu exboss saya dulu..

Granny Hani said...

Tq kerana sudi follow blog mummy.salam kenal dan semoga Tuhan berkati kehidupan anak ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...