Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, June 16, 2017

Nak masak apa petang ni...

Kalau tak nak masak beli aja lah.
Kalau dah beli tu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
Mahal kalau sedap tak apa jugak.
Tak sedap.
Tu baru satu kemungkinan.
Kalau pun sedap, soalan seterusnya bersih atau tidak?
Entah2 cepat basi.
Entah2 tak cukup masak
Entah2 esuk perut meragam.
Tapi saya tengok berduyun duyn orang hurung bazaar Ramadhan.
Kata mahal tapi mampu pulak beli segala mak nenek.
Kata tak bersih tapi habis jugak yg ditawarkan.
Sebenarnya prinsip saya macam ni.
Kalau nak masak , masak.
Kalau nak beli, beli.
Cuma kena beringat.
Beli tempat yg kita boleh tau kualiti nya.
Kebersihan nya dan padan dgn harga.
Selalu nya saya x berani cuba beli dari penjual yg baru.
Lebih selesa ke warung yg saya dah biasa.
Kecuali ada org rekomen, baru berani nak beli.
Ni nak cerita...
Kat Kale cepo ni ada orang jual ayam bakar.
Macam2 gaya..
Berpusing ada, dalam pasu ada, dalam tin pun ada.
Saya pilih yg bakar dalam tin.
Sebabnya....
1.Sedap. Betulll, cuba lah kalau tak caya.Bau serai dan daun limau purut semerbak, pedas dan moist.
2. Harga berpatutan, rm26 jer sekor.
3. Si penjual tu peramah.
4. Mesra pelanggan..kalau perlu, dia siap hantar ke rumah lagi.
5.Dekat dgn rumah..
6. Kehabisan alasan dah...
Ok, selamat berbuka puasa ya.

2 comments:

Ibu n Abah said...

Alaaa cikgu
Air liur dah meleleh ni
Ayam bakar dlm tin takda kat Bandar Baru Bangi...

Azian Elias said...

mcm2 jenis manusia yang berniaga. kena yg mmg jenis pandai masak, untung lah kita. kalau tak, makan hati lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...