Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, July 5, 2017

Awak pernah tak?

Pernah perang dingin?
Perang dunia pun tak sehebat perang dingin.
Senjatanya hanya zip mulut.
Diam.
Bisu.
Mulut saja yg mogok, pergerakan tetap aktif.
Lebih2 aktifnya.
Kong kang kong kang....
Sound effect memenuhi ruang.
Pinggang mangkuk berlaga dalam sink.
Pintu kabinet menjerit kena hempas.
Gedegung gedegang....
Kucing boleh agak, siang2 dah lari jauh2.
Anak2 silap haribulan kena tembak.
( Nak tembak jeneral tak dapat, prebet jadi sasaran)
Kalau musuh ada menonton, lakonan lagi menjadi.
Baru puas hati berjuang.
Apa punca perang dingin?
Bila kehendak tidak serupa,
Keinginan tidak kesampaian.
Kata2 tajam menyucuk hati
Tak nak mengalah walau tau salah
Bila rasa dah nak kalah baik mogok,
Baik diam, baik mengamuk sorang2.
Mana tau senjata ni berkesan...
Mana tau kannn...
Tapi yang sangat2 buat hati terbakar hanya satu.
Kita berperang sorang2..
Orang buat derk jer...sardin jer....
Yg mgok lapar nya kita, maka seharian lapar.
Yang sental kuali periuk dan segala benda nya kita, berkilat semuanya.
Yang muncung nya kita, huduh betul la perangai....
Sebenarnya dalam diri kita masih ada kanak2 yg memberontak.
Sekali sekala lupa diri dah tua,
Sekali sekala merajuk nak org pujuk saja.
Tu aje.
Merajuk pada yang sayang.
Persoalan nya ada ke orang sayang?


1 comment:

PeRdU cINta said...

Kerana kita insan biasa..adakala sudah letih mulut berbicara..seolah tiada kesan pada yang mendengar..dan berdiam itu ada masa berkesan..ada saatnya tidak mujarab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...