Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Sunday, January 6, 2019

Kalau awak ada...

Kalau awak ada saya dah cakap macam ni...
Pa, sakitnya buku lali saya.
Saya jatuh tadi.
Sakit sungguh.
Awak mesti cakap...
Mata letak mana?
Tu la gopoh tak habis habis
Pa,
Saya nak buat camna ni,
Nak jalan pun sakit
Ke patah?
Ke retak?
Awak mesti cakap....
Gi klinik la..
Jangan mandai2 nak gi urut
Kang makin sakit.
Tu, pain killer ada atas kabinet tu,
Makan sebijik.
Pa,
Doktor tadi tu cakap jangan byk guna kaki
Apalah doktor tu,
Bukan dia tak tau saya byk aktiviti.
Tak guna kaki nak gerak macam mana, takkan nak merangkak.
Awak mesti cakap...
Ya lah, pandai awak la dari doktor tu
Degil
Keras kepala
Kalau org cakap apa pun tak nak dgr.
Ni pun kes saya larang awak tak dengar lah ni
Tuhan marah, derhaka pada suami.
Kan dah sakit.
Pa,
Apasal awak marah saya
Saya ni dah la sakit.
Tak nak masak la hari ni
Kita beli nasi bungkus
Kaki saya sakit, tak nak masuk dapur.
Awak mesti cakap...
Sukahati awak  la
Meh sini nak tgok kaki tuh

Pa,
Saya nak ngadu kat awak
Tapi awak tak ada

Saya gosok kaki yg sakit
Tapi tak sesakit hati yg pecah semenjak awak x ada
Saya dah lama tak ke pusara awak
Hujan membataskan kunjungan.
Awak tunggu agaknya
Anak2 pun x pergi
Setiap petang khamis hingga pagi sabtu awak mesti nantikan kami
Maaflah, musim hujan, rumput panjang.
Pa,
Saya sentiasa doakan yg baik2 untuk awak
Tenang damai lah
Anak2 pun sentiasa sedekahkan bacaan yassin.
Nanti keluar mentari dan tanah kering saya datang lagi
Tunggu yer.
Nanti sembuh kaki ni saya akan ziarah pusara awak lagi
Tunggu saya dan luahan hati saya
Awak mesti kata...
Dah, dia dah mula membebel dah...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...