Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Wednesday, January 16, 2019
Ukur lantai shopping mall.
Macam la tak ada kerja sangat.
Tak pasal pasal duk ukur lantai shopping mall
Bukan ada benda yg nak saya beli pun, saja buang masa.
Pagi tadi saya ke masjid ngaji quran sebenarnya.
Sepatutnya selepas mengaji ada program ulasan kitab di masjid lain.
Mula tu nak hadir tapi kuman malas menyerang hati.
Terus balik rumah, tukar pakaian dan ke sini sudah nya.
Dasyat tul la godaan syaitan tadi.
Kalah pulak saya ni.
Tapi see the positive side la kann..
Anak2 nak beli barang keperluan mereka.
Saya jadi supir jer.
Kalau bukan saya siapa lagi yg nak bawa mereka kannn
Tu mujur mereka nak saya temankan.
Buatnya mereka nak keluar dgn kawan2 camna?
Alhamdullilah anak saya tak pernah saya biarkan bebas begitu.
Memang saya mummy yg kolot.
Tak apa.
Kolot pun kolot lah.
Jadi hari ni nak pendekkan cerita, di sini lah saya.
Penat berjalan saya duduk di bangku yg disediakan.
Jadi penunggu barang2 yg dibeli.
Dah siap semua, lunch dulu baru pulang ke rumah.
Penat.
Poket pun penat.
Tapi terubat juga hati dapat keluar dgn anak2.
Bukan selalu, sekali sekala jer.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment