Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, January 22, 2019

Tua

Cantik lawa mula luntur.
Kedut, kendur dan kecut keriput berebut tempat.
Di setiap inci kulit yg nyata
dan yg terselindung....
Seratus,
Seribu?
Beribu kedut beranak pinak setiap hari.
Meriah.
Rambut pudar warna
Mata bukan lagi helang yg merenung mangsa
Mata sekadar mata ayam yg rabun di mlm kelam.
Telinga hanya hiasan, pendengaran tidak tajam.
Senyuman jadi tawar.
Gula di bibir berpindah ke dalam darah dan
menjadikan bacaan paras gula meningkat.
Kolestrol pun lebat,
Jantung penat tersumbat.
Anggota badan dah tak larat berbakti
Seperti kurang bateri,
Menunggu untuk berhenti.
Kalau lah diri berubah sebegini pun
kita masih juga tidak peka..
Apa lagi tanda yg perlu kita nantikan?
Perubahan diri ketara
Dulu muda belia, sekarang tua..
Hati jangan terus berasa muda
Berdirilah didepan cermin
Bilanglah tua itu
Sedar lah usia sudah menipis
Entah esuk entah sekejap lagi
Mati menghampiri.
Sudah sudahlah dgn hal dunia.
Kita di sini hanya sementara.
'Sementara' bagi orang tua sangat pendek jaraknya
Bukan seperti 'sementara' orang muda..
Bertindaklah bersesuaian dgn usia
Bercakap lah dgn bahasa orang tua
Manafaatkan masa yg bersisa..
Carilah redha Tuhan..
Tuailah pahala..
Cubalah untuk tidak menyakiti hati sesiapa
Kerana mungkin masa untuk memohon ampun
sudah tidak ada....
Senyum lah dan berbahagialah seadanya.
Berkasih sayang sesama kita sementara masa masih ada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...