Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, August 21, 2019

Mereka masih muda

Bila tengok orang2 muda sekarang,
Perhatikan perangai pelik mereka.
Tersenyum sendiri.
Kita pun pernah muda.
Pernah perangai pelik juga.
Jadi tak perlu kita cemuh sangat,
Betul lah mereka buat silap,
tapi kesilapan itu lah yg mendewasakan mereka nanti.
Kita dulu pun bukan betul sangat pun.
Ingat tak....
Kita dulu kalau mak bapak larang, makin menjadi jadi.
Larang seperti suruh.
Kita rasa kita saja lah yg betul.
Mereka pun macam kita dulu.
Sekarang waktu mereka rasa mereka betul.
Salah di mata kita betul di mata mereka.
Kalau kita nak tegur pun tegur lah secara mendidik
Bukan menghina, bukan tambah merosakkan.
Mereka mungkin jahil, kita dulu pun jahil.
Dosa mereka tu sama jer dgn dosa kita dulu.
Kita doakan mereka berubah, sempat bertaubat.
Jika Tuhan beri peluang utk kita bertaubat, kita doakan mereka pun begitu juga.
Kita dah lalui masa lalu dan syukurlah masa kini kita sebaik ini
Masa depan mereka masih jauh..
Masih byk yg akan mereka lalui.
Masa merubah segalanya.
InsyaAllah kita doakan yg baik2 buat baka keturunan kita.

Tadi saya perhatikan sekumpulan remaja dalam sebuah restoren.
Bising, ketawa dan bergurau sama mereka.
Pakaian pun boleh tahan.
Bahasa tok sah cakap la...
Saya tersenyum sendiri...
Been there, done that.
Just let them be themselves.
Life is short.
Kalau over sgt, baru kita tegur.
Tu pun tegur lah cara berhemah.
Jap nak tanya...
Betul ke kita tegur untuk mendidik mereka?
Ke kita jeles sebab di usia kita ni kita dah tak boleh sebebas mereka?
Jeles la tu.....
Takper, kalau depan orang kita tua2 ni kena kontrol ayu, kontrol manco..
Diam2 bila duk sorang2 kita bertik tok, kita tiru kpop.
Shyyyy..!
Rahsia ku rahsia mu.

2 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Bila urat rasa sengal, badan rasa bisa, sikat rambut nampak uban, baru sedar dah tua. Kalau tak, rasa muda sokmo

Siti Yang Menaip said...

masing2 dengan cara generasi masing2. betul.. dengan kesilapan itula yang mematangkan.. bru belajar baru terasa baru nak berubah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...