Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, April 9, 2020

Cerita kereta-hiburan pagi.

Dah hidup lama ni byk lah pengalaman yg boleh dijadikan cerita.
Hari ni nak ceritakan kejadian yg masih mampu buat saya senyum sendiri bila teringat semula.
Jom, saya kongsi sebahagian dari nya..

Cerita 1
Mula2 dpt lesen dulu saya malas memandu.
Saya suka ke bandar naik beca saja.
Arwah suami bising duk ungkit pasal ada lesen tapi malas nak drive.
Ok, satu hari tu saya ke bandar drive sendiri.
Balik dgn beca.
Saya lupa tadi saya drive sendiri.
Maka terpaksa lah saya bayar tambang beca 2 hala.
Hantar semula saya ke bandar.
Ambik kereta dan cepat2 balik.
Sib baik suami saya sampai keakhir hayat dia tak tau pasal ni.
Syabas hani, pandai simpan rahsia.

Cerita 2
Lama2 saya mula seronok memandu.
Hari2 pandu ke sana sini.
Suami belikan kereta buat saya, hanya saya yg guna kereta tu.
Sekali tu selepas saya membeli belah, bukak pintu nak masuk kereta..
Ada lelaki lain kat kerusi pemandu.
Saya terkejut, dia laagi terkejut, isteri dia di sebelah hampir pengsan.
Maaf Encik, saya silap kereta.
Siapa suruh parking sebelah kereta saya?
Dah la kereta serupa...

Cerita 3.
Hari tu saya bawak kereta suami.
Dia pesan suruh saya hati2 sebab kereta dia bukan kereta cap ayam macam kereta saya.
Ok fine, saya terlebih hati hati.
Sewaktu undur kereta dlm perkarangan rumah kawan saya,
saya boleh terlanggar paip siram pokok bunga.
Kemek kereta dia.
Ah sudahhh...!
Zip mulut, takut nak ngaku nih.
Hujung minggu tu saya tengok suami bersiap siap nak mandikan kereta.
Saya tawar diri nak bantu..
PRamlee kata 'otak penipu'
Saya buat2 tanya kenapa kereta dia kemek kat belakang...
Puas jugak la dia pikir, last2 dia kata..
" Ni mesti kerja budak pembantu pejabat nih, suruh alih kereta hari tu"
Tak pasal2 Seli kena marah.
Ampun Seli deh, kak hani doakan Seli murah rezeki k..

Cerita 4.
Bayar parking tapi tetap kena denda.
Zalim kan?
Tak, tak zalim pun kerajaan kita ni.
Mana tak kena denda nya,
Silap saya.
Bawak kereta M, type no plate kereta A masa nak dptkan tiket.
Dapat tiket terus masukkan dlm hbeg, tak check pun.
Padan muka saya.
Tua2 ni acap tersilap.
Baru2 ni saya bawak kereta A parking kat Aeon mall.
Puas keliling cari kereta tak jumpa.
Mana nak jumpa dah saya duk intai kereta M.
Bawak A, cari M...
Faktor penuaan.
I rest my case.

Cukup 4 cerita dulu..byk cerita sebenarnya tapi
kalau saya terus bercerita tak berasap la dapur saya nanti.
Musim duk rumah ni segala cerita keluar.
Hiburan saja....kongsi ketawa.



2 comments:

mokja said...

Hhaha.. mmg lawaklah episod berkereta kan. Kalau diingatkan seronok bila dikenang. Gelihati.
Bagi saya...kes jenazah,kes cerek,kes silap masuk kereta.

Property Malaysia said...

Pengalaman hidup akan mengajarkan erti kebahagian yang sebenar. Semoga bermanfaat kepada keluarga tersayang dan saudara lain juga. Mari kita berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira bangsa.
Malaysia Boleh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...