Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, June 16, 2011

Pendapat pakar puan : Emosi terganggu sebab hormon tak seimbang.Pendapat saya : Hati tua cepat terasa.

Sebuah luahan hati seorang perempuan yang bernama Nor.

Pusara mimpi pengejar pelangi

Sekiranya mati itu sudah dapat ku duga saatnya,
Aku sudah tidak mau memohon di perlewatkan walau seketika.
Biarlah datang nya bersambut.
kerana di sini pun nyawa sudah tidak byk membantu.
Sudah penat berlari mengejar mimpi.
Kehidupan semakin tidak ada apa apa
Bahagia hanya pakaian harian untuk tontonan
sedangkan hati didalam,
remuk redam.
Biarlah, kau katalah apa saja,
sememang nya aku sudah berputus asa.
Semakin aku ukir senyum dan tawa
semakin tawar dan aku sudah jenuh berpura pura.
Lakonan ku sudah basi.
Tirai ini perlu di labuhkan.
Penonton masih bertepuk tangan.
Sebenarnya primadona ini sudah lama tidak bernyawa.
Babak2 akhir ini adalah babak pengkebumian jiwa.
Biarkan saja rasa ini berpusara di lubuk hati.
Bersemadi di dalam diri.
Semalam aku pernah ingin hidup seribu tahun lagi
tapi hari ini jika Tuhan takdirkan mati itu lebih baik buat ku,
Aku redha.

Wednesday, June 15, 2011

Maafkan kekasaran bahasa saya hari ni tapi hati saya yg baik ni ada kala terbakar jugak!

Benggong!
Tersangatlah benggong!
Saya tengok dia dah loaded dah.
Cuti baru ni dia ke KL naik kapalterbang,
Saya pandu kereta 7 jam, sakit satu badan.
Dia shopping segala mak nenek,
Saya nak shopping giler2 pun beringat sebab lambat lagi cukup bulan.
Saya call dia.
"Mek, cukup bulan ni boleh tak ko jelaskan hutang ko tu..?"
Dia hang up!
Pas tu dia SMS kat saya yang malang nih.
"Apalah ko Hani, mcm ceti..Esuk aku bayar, mcmlah byk sgt rm2000 tu.."
Ok, sikit bagi dia sbb dia dah kaya.
Banyak bagi saya yang miskin ni.
Saya nanti dan menanti...
Tak bayar pun.
Selama 3 tahun dia berhutang, ini kali kedua saya mintak dia jelaskan.
Cubaan pertama dulu dia sampai tak tegur dan ngelak dari jumpa saya.
Saya andaikan masa tu mungkin dia tak ada duit lagi.
Tapi sekarang saya tgok dia mewah jer.
Kelmarin dia jumpa saya.
Dia cakap dia bukan tak nak bayar tapi tangguh dulu lah.
Ok, Saya baik hati, tak per.
Hubby saya cakap saya bodoh.
Saya singgah beli burger Si Samdol depan mini market sewaktu balik dari sekolah tadi,
Saya tengok kereta dia masuk McD drive thru,
Benggong!
Benggong bin Benggong
Siapa benggong ni...Saya ke dia?

Tuesday, June 14, 2011

Nenek zaman cyber.....


Sabor jer la Imaad yer....

Tak ada bahagian yang rosak, lebam jer tapi malu sebesar dunia...

Siapa sangka..
Ribut tidak....
Gempa bumi pun tidak..
Tiba tiba...
Bedebab!!!!!!!
Opssss!!!!
?
?
Nangka gugur.
Aduhhhhhhhh...du du du du du duuuu.
Aduh mak sakitnya.
Sakit sikit saja tapi malu nya tergolek bersaksi ni.
Entah macam mana boleh tersadung benda apa tah masa nak turun dari kereta.
Walau kat bawah porch sendiri,
tapi rumah tepi jalan ni ramai jugak la penonton.
Percayalah, ramai awakkk.
Apa tengok tengok?
Tak pernah tengok orang jatuh ke?
Tertiarap atas tile macam budak kecik yg baru belajar berjalan.
Kalau anak2 yg jatuh saya mesti tanya "Berapa ekor dapat tangkap katak?"
Cuba tanya saya begitu kalau berani???
Nak cover malu mula lah marah org tak pasal2.
Saya cepat2 bangun dan tak kutip pun barang yg jatuh bertaburan.
Sayur jer, kutip later lah..naik sapu minyak kat lutut dulu.
Cakap kat hubby yg saya tergolek kat bawah porch ni,
Dia tanya retak tak simen/tile tempat saya terhempas tu.
Ada ke patut???

Monday, June 13, 2011

Kalau lah hidup ni semudah ini...

Kalau tak suka kat siapa2 DELETE saja orang tu.
Kalau tak nak ingat2 lagi kenangan lalu, masukkan dlm TRASH.
Kalau perlu tengok sejarah hidup, cari saja kat HISTORY atau MY PICTURE/MY VIDEO
Kalau lama tak jumpa sedara atau kawan, BLOGWALKING atau ke FACEBOOK.
Segala yang berlaku boleh di AUTOSAVE, tak perlu panggil saksi.

Yang paling best,
Kalau saya nak jadi kurus, saya CROP saja mana area yg saya rasa kumpul lemak..
Kwang Kwang Kwangggg......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...