Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Wednesday, June 15, 2011

Maafkan kekasaran bahasa saya hari ni tapi hati saya yg baik ni ada kala terbakar jugak!

Benggong!
Tersangatlah benggong!
Saya tengok dia dah loaded dah.
Cuti baru ni dia ke KL naik kapalterbang,
Saya pandu kereta 7 jam, sakit satu badan.
Dia shopping segala mak nenek,
Saya nak shopping giler2 pun beringat sebab lambat lagi cukup bulan.
Saya call dia.
"Mek, cukup bulan ni boleh tak ko jelaskan hutang ko tu..?"
Dia hang up!
Pas tu dia SMS kat saya yang malang nih.
"Apalah ko Hani, mcm ceti..Esuk aku bayar, mcmlah byk sgt rm2000 tu.."
Ok, sikit bagi dia sbb dia dah kaya.
Banyak bagi saya yang miskin ni.
Saya nanti dan menanti...
Tak bayar pun.
Selama 3 tahun dia berhutang, ini kali kedua saya mintak dia jelaskan.
Cubaan pertama dulu dia sampai tak tegur dan ngelak dari jumpa saya.
Saya andaikan masa tu mungkin dia tak ada duit lagi.
Tapi sekarang saya tgok dia mewah jer.
Kelmarin dia jumpa saya.
Dia cakap dia bukan tak nak bayar tapi tangguh dulu lah.
Ok, Saya baik hati, tak per.
Hubby saya cakap saya bodoh.
Saya singgah beli burger Si Samdol depan mini market sewaktu balik dari sekolah tadi,
Saya tengok kereta dia masuk McD drive thru,
Benggong!
Benggong bin Benggong
Siapa benggong ni...Saya ke dia?

35 comments:

ajumohit said...

sabar kak, susah jugak kita baik hati tolong org tp org pulak tak kenang budi, geram pon ade...

Miss Bieb Juddin said...

Pernah jgk alami situasi ni. Ms susah dia beriya bt baik spya kte tlg, bila dh senang mengelak je xnk jmpa. Sbr ye,akak. Terus ingtkn dia psl hutang dia tu, dont give up! ^_^

Cikli said...

burger samdol vs mcdonald.

itu yang terbakar tu. maaf kak saya nak gelak. kahkahkah

sahida said...

Sabar ya Cikgu Hani..

Maryam said...

pesen macam ni banyak.. huhu walhal hutang wajib dibayar lebih2 lagi bila dah dituntut..

hani@debumelukut said...

ajumohit,
bila kita buat baik, org tak hargai...

hani@debumelukut said...

Miss Bieb,
kita pulak jadi takut..mcmlah kita yg hutang dgn dia.

hani@debumelukut said...

Cikli,
mana tak terbakar dik, kita ni kunyah burger tak de brand, dia bukan main lagi.

hani@debumelukut said...

Sahida, Aak sabar lagi ni dik, kalau tak sabar akak dah mintak burger McD sebijik.

hani@debumelukut said...

Maryam, tu lah, kekadang kes berhutang nih kita hilang duit dan juga kawan.

Marina Monroe said...

Remind dia dgn sms, satu hari tiga kali, sebelum subuh, selepas zohor dan selepas maghrib..buatlah sampai tiga hari. Ayat sama tak yah ubah.
Hari keempat tukar ayat, he he he
juga tiga hari,
HARI KETUJUH SMS KAT DIA, JGN SAMPAI AKU PERGI TENGGEK DAN JERIT DEPAN GATE KAU...NAK TENGOK SIAPA GILA? KAU ATAU AKU?
percaya lah, sure dia bayar..
sebab saya dah buat..memang dpt
RM 7k saya..Dia dtg rumah saya bayar..he he he

munna said...

mmg bengong org yg berhutang tu...dah ada hutang tak nak bayar...

hani@debumelukut said...

Kak Marina,
good idea.

hani@debumelukut said...

munna,
kan betul akak cakap benggong tuh.

Acik Erna said...

hani..ikut kata marina tu..ada ke patut dia yang berhutang..kita pulak dia tak tegur.ish3..geram tak pasal pulak dah ni..hari2 tagih hutang sampai dia bayar..duit kita hak kita..susah payah kita simpan..

hani@debumelukut said...

Acik erna,
hani ni samseng kg dusun,,belakang bukan main berani tapi kalau berdepan tu terkulat kulat lahh

kakpah said...

ada orang memang macam tu. Suka pinjam tapi nak bayar balik liat. kita ni pulak yang rasa malu nak mintak. Klau betul tak berduit nak bayar balik kita rasa boleh tahan sabar lagi. Tapi bila tengok dia enjoy je ngabiskan duit.. samalah macam ko.. akak pun tak tahan.

Jijahh @ f.k said...

itu dah wajib kena bayar ... cakap je urgent .. len kali jgn kasik dia pinjam lagik okehh ..

gedek! said...

'bengong' bukan ber erti 'bingung', kan...?

haha!

Anonymous said...

Dlm bab hutang, kami suami isteri memang tak bernasib baik. Daripada 10 org, 1 org je yg byr hutang. Ribuan ringgit....suami sy kata, kalau bagi org hutang, tak yah lah nak harap dapat balik duit tu. Betul kata suami saya tu....saya panas hati, suami dok rilek. Dia kata nanti Allah tambah rezeki.

kasihredha said...

berdosa tuh tak bayar hutang orang...doakan dia lembut hati dan bayar balik hutang tu, banyak tu, bukan RM30 !!

Piasara said...

"akak ni macam saya la..berani2 takut...heeee...tp saya tak berani lah bg org pinjam byk2 camtu..paling byk pun 2 ratus jer,fuhh nsb baik dia dah bayar..kak,try la buat cam saranan kak marina monroe tu,mana tau berjaya pulak.."

hani@debumelukut said...

KakPah,
sampai hati dia buat saya mcm tu.mcm peminta sedekah pulak saya ni

hani@debumelukut said...

jijah,
mmg serik dah.

hani@debumelukut said...

gedek, 'benggong' tu sikit atas dari 'binggung'.

hani@debumelukut said...

Anonymous,
betul lah kara org, time nak pinjam tu lembut gusi,lembut segala..

hani@debumelukut said...

kasihredha,
pasal byk tu yg kak risau ni..

hani@debumelukut said...

Pia,
Agaknya org mcm ni mmg cara kak marina tu yg terbaik.

Citarasa Rinduan said...

salam ziarah kak hani

gelak besar ayu part komen uncle gedek

utk kak hani...
kadangkala luahan hati mmg meredakan saat hati yang ada amarah..

have a nice day..
salam ziarah kembali utk kak sklrg

hani@debumelukut said...

citarasa rinduan,
Terubat hati bila baca komen teman2 kat sini..

Ibu n Abah said...

cikgu...
pernah kena yang serupa...
memang sangat geram kan...??
- dah tak pandai nak kata apa-apa sebab nanti jadi ayat menghasutlah pulak...

lina said...

salam cikgu hani - tak tahu nak cakap apa lina pun alami benda yg sama nak minta malu...boleh kita yg bagi kita yg malu nak minta balik. DOa kan semoga ALLAH buka hati nya utk pulangkan balik.

Aku said...

Aku ada kawan pinjam duit. dekat 3 tahun gak tak bayar-bayr.. last sekali aku minta dia bayar ikut bulan gaji...

akhirnya, entah kemana duit tu. Ye lah, duit masuk sikit2... masa bila keluar pun aku tak perasan...

wahida said...

kak, saya faham perasaan akak sbb saya pun terkena mcm ni..
saya lagilah haru, hamba Allah tu pinjam 12k, ada dia bayar sikit, ada lagi balance RM9500...mmg liat giler nak bayar kak...

kita sama2 sabar je la ye kak...huhu..padahal kita sgt sakit menanti setiapnya hujung bulan nak gaji...

Kunang-Kunang said...

Inilah yang selalu terjadi. Duit punya pasal persahabatan jadi renggang. Yang terbalik tu kita boleh meminta seperti kita yang nak berhutang.

Kalaulah mereka ni tau berat menanggung berhutang dengan orang apabila kita mati, rasanya tak berani dia tak nak bayar hutang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...