Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, November 25, 2011

Menu musim hujan

Ubi.
Tak kira ubi apa semua sedap.
Sedap bagi penggemar ubi lah.

'Savoury Yam Cake'
atau
'Talam Keladi '

Saya suka rasa keladi nya dan pedas manis lauk udang di atasnya.
Awak suka tak?
Nak?
Nak tuuuu..........

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday-Rm100 punya pasal hujan badai di rempuh jua...





AlFatihah buat seorang bapa yang menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu mendengar ceramah di tepi dewan sebelum sempat mengambil duit tu..Arwah sempat di papah ke kantin bila dia tiba2 lemah/hampir jatuh..Di situ lah nafasnya berakhir.Semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang2 yang soleh.

Tuesday, November 22, 2011

Songkok juga lah yg sentiasa di kepala.


Hujan dari pagi tak henti2.
Tengkujuh menghampiri.


Cepatlah selamatkan kasut yg berjenama,
takut rosak dek hujan.
Diambil peduli.
Dihargai.
Selipar getah yang murah.
Bermandikan hujan
Biar di situ saja
Tak terjejas mana.

Kita ini selipar jenis apa?
Terompah buat ke tandas?
Capal kulit pakai di pagi raya?
Kasut sukan ?
Kasut buat hiasan?
Selipar jepun buat basahan?
Alangkan sedih nya bila kita hanya di telapak kaki.

Monday, November 21, 2011

Saya hari ni.

Saya.

Kalau awak rasa awak ni Ultraman Taro datang lah dekat.
Kita lawan nak?


Kadang kadang rasa nak jadi macam raksaksa yang boleh memusnahkan bandaraya di Jepun tuh.
Nak sangat gagah kuasa.
Nak dush! dush! dush!...
DUSH!
Kalau tak dapat jadi raksaksa, jadi Ultrawomen pun tak per...
Huhuhuhuuu....!

Saturday, November 19, 2011

Yang Mak dia tak ajar...


Meh sini makcik nak ajar.
Kalau nak masuk rumah orang masuk lah melalui pintu, jangan panjat ikut tingkap.

Kalau mandi,tuala tu kena sidai, jangan biar terperap kat atas kapet, busyuk.

Kalau nyamuk byk guna ubat nyamuk letrik kat dlm kabinet tu, jangan pergi beli yg lingkar gini, bau satu rumah nanti.

Kalau bangun dari tido kemas balik katil tu. jangan tinggal bersepah gini.

Kalau minum air cuci gelas sendiri, bibik kan dah balik Indon.
Sehari suntuk Makcik kemas balik rumah yg ko orang sepahkan tu.
Polis bukan di bayar gaji untuk tolong makcik pun..
Penat tau!

Wahai budak2 si penceroboh yang menceroboh masuk ke dalam rumah makcik, nasib awak baik kali ni....Lain kali jangan buat lagi,tak baik tau. Terima Kasih kerana tak rosakkan harta benda makcik dan tidak mencuri apa2..Tau, awak hanya nak jadikan rumah kosong saya tu hotel tempat awak transit tapi kan Tuhan marah guna harta benda orang tanpa izin.
Last sekali pesan makcik, udah2 lah menagih tu.Dah menagih tu bila ko orang tak de duit mula lah pecah masuk dan curi barang orang lain...Kena tangkap baru tau!
Kesian mak bapak ko rang.....Anak siapa lah agak nya ni..

(mereka ni lah yg lari lintang pukang dan tertinggal satu beg berisi barang kemas yg dah saya serahkan pada polis semalam.)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...