Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ
Saturday, November 19, 2011
Yang Mak dia tak ajar...
Meh sini makcik nak ajar.
Kalau nak masuk rumah orang masuk lah melalui pintu, jangan panjat ikut tingkap.
Kalau mandi,tuala tu kena sidai, jangan biar terperap kat atas kapet, busyuk.
Kalau nyamuk byk guna ubat nyamuk letrik kat dlm kabinet tu, jangan pergi beli yg lingkar gini, bau satu rumah nanti.
Kalau bangun dari tido kemas balik katil tu. jangan tinggal bersepah gini.
Kalau minum air cuci gelas sendiri, bibik kan dah balik Indon.
Sehari suntuk Makcik kemas balik rumah yg ko orang sepahkan tu.
Polis bukan di bayar gaji untuk tolong makcik pun..
Penat tau!
Wahai budak2 si penceroboh yang menceroboh masuk ke dalam rumah makcik, nasib awak baik kali ni....Lain kali jangan buat lagi,tak baik tau. Terima Kasih kerana tak rosakkan harta benda makcik dan tidak mencuri apa2..Tau, awak hanya nak jadikan rumah kosong saya tu hotel tempat awak transit tapi kan Tuhan marah guna harta benda orang tanpa izin.
Last sekali pesan makcik, udah2 lah menagih tu.Dah menagih tu bila ko orang tak de duit mula lah pecah masuk dan curi barang orang lain...Kena tangkap baru tau!
Kesian mak bapak ko rang.....Anak siapa lah agak nya ni..
(mereka ni lah yg lari lintang pukang dan tertinggal satu beg berisi barang kemas yg dah saya serahkan pada polis semalam.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Assalam hanie..ada yang pecah masuk kerumah ke..
siap makan minum tidur baring lagi..jiran2 tak perasan ke..ish2 macam2 kan..
yg org dewasa macam saya pun lebey kurang je
Acik Erna, ada orang tumpang di rumah saya..rumah tu belum saya duduki, tapi perabut dah lengkap.mereka ni ceroboh tanpa saya sedar dan buat mcm rumah sendiri..tapi tadi polis dah dtg dan harap2 mereka tak pecah masuk lagi.
Imanshah, ni bukan penduduk rumah ni yg buat, ni penceroboh! tuan rumah tak tau pun..tiba2 bila kami jenguk rumah kedua kami tu pagi semalam, rupanya ada tamu yg dah lama bertamu.
ada jugak manusia macam ni, ya. tak tahu takut dan tak malu...nasib baik tak jadi apa-apa pada tuan rumah semasa pergi menziarah rumah sendiri..
Dia orang dah buat rumah kak hani mcm rumah sendiri pulak....mngkin dah lama dia orang dok situ....
a kl citizen,
orang mcm ni tak takut dosa..tak berkat hidup dia sbb duk kena sumpah seranah dek orang2 yg jadi mangsa dia.
MP. polis pun agak begitu juga..selama ni dia orang tak terserempak dgn tuan rumah, sepandai pandai tupai melompat gitu lah.
takut nak tinggalkan umah yee..
kreatif betul mrk,ada je idea untuk menggunakan dan mengambik harta benda org lain..
syukur kak.
dia lari lintang pukang dan tak jadikan akak tebusan ke apa ke.
penceroboh tu orang berjenis gak kut. biasanya, kusyen tilam bantal tu habis dia org carik-carik masa khayal. ni tak, elok jer dia org tinggalkan... aku syak ini kerja penceroboh sofistikated, berpelajaran sekurang2nya SPM, ada sikit nilai2 akhlak.
subhanallah..patutnyer dpt tgkap masuk jel lama ckit..baru padan muka dia..nsb la x hilang brg2 umah cikgu..beg dia plk tertinggal yer..
Salam Akak Hani
Akak..saya rasa diorang dah lama duduk rumah akak tu..nasib baik akak pegi..kalau takkkk...takut kalau diorang tertinggal "barangan" diorang...
akak dan keluarga akan disalahkan...hati-hati ye akak..
Ini bukan saja kurang ajar tapi tak masuk ajar.
Salam Cikgu Hani...
saya pun pernah alami rumah dimasuki penagih dadah...
habis barang2 digeledahnya...
memang buat sakit hati sangat bila kena macamtu,..
dah takde keje halal depa ni.. kesian mak bapak..
ya tak ya.. apa jadi dgn barang kemas tu nanti ekk..? kami report polis, panjang berjela depa tulis kat borang..
apa nak jadi orang kita....
agama ada, tetapi ambik bila perlu aje
Post a Comment