Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, November 22, 2011

Songkok juga lah yg sentiasa di kepala.


Hujan dari pagi tak henti2.
Tengkujuh menghampiri.


Cepatlah selamatkan kasut yg berjenama,
takut rosak dek hujan.
Diambil peduli.
Dihargai.
Selipar getah yang murah.
Bermandikan hujan
Biar di situ saja
Tak terjejas mana.

Kita ini selipar jenis apa?
Terompah buat ke tandas?
Capal kulit pakai di pagi raya?
Kasut sukan ?
Kasut buat hiasan?
Selipar jepun buat basahan?
Alangkan sedih nya bila kita hanya di telapak kaki.

9 comments:

kakcik said...

Yang di tapak kaki itulah yang banyak jasanya - melindungi tapak kaki kita dari tercucuk duri mahupun paku karat, juga tanah yang liat atau najis berulat! :)

hani@debumelukut said...

Kakcik, jasa kasut selipar tak pernah di beri pingat...

munna said...

betul tu kak ... tapi time kenduri sokmo ingat nak selamatkan selipar yg dipakai dulu takut balik berkaki ayam

Queenie said...

saya sayang selipar saya...
kalau tak mmg kematulah tapak kaki dihayun setiap hari...

saya takder songkok utk disanjung sebab saya cuma pakai tudung ekekeke

MULAN said...

nak pi cari rainboot la sis.. sini hujan hari2 jugak & byk tempat dah naik air...

jgn sekali2 meng-anaktirikan kasut/selipar.. sbb dia jaga kaki kita yg nak berjalan2 sana sini kan..

Chik Att said...

hidup kita umpama seliparkan ..

tapi saya suka selipar yang singgit 80 posen tu ..... sedap sampai la nii ...

secangkir madu merah said...

biarpun letaknya ditelapak kaki namun jasanya tiada tara...

makcu B said...

Kembali ber"depan". Mengorek n3 kak Nie yang makcu tinggalkan selama lebih dari 40 hari. satu yang makcu nak oyak .....( songkok di kepala akan penyet juga ditimpa hujan, kupiah yang suci bersih adakalanya bintik lalat jua jika dibasahi hujan.Topi yang dijunjung pun tak mampu menadah hujan drp memberatkan bulu mata. Yang pasti makcu nak berterima kasih kepada selipar putih itu yang tak kenal penat membawa makcu ke sana ke mari di bumi Ambia )

AZANI said...

kak
songkok dikepala, selipar dikaki

masing masing ada peranan dan nilai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...