Tau kami buat apa tadi?
Kami bagi duit raya bagai yang di janji.
Siapa puasa banyak hari dapat banyak...
Happy lah yg belum tinggal sehari pun tu.
Yang tak puasa pun dapat jugak.
Kami juga ada majlis rasmi sempena Ramadhan/Menyambut aidilfitri.
Termasuk Khatam Quran dan pengagihan Zakat dan derma buat murid2 yg kurang bernasib baik.
Hari ni berkumandang lagu raya dalam kawasan sekolah.
Seronok, cikgu pun rasa tak sabar nak raya.
Tapi yg best sangat tu bila kami guru2 berkumpul sesama kami.
Tau kami buat apa sesama kami?
Kami.......
Salam - Salam.
Kiss - kiss.
Peluk peluk.
Maaf -maaf.
Gelak -gelak.
Happy - happy.
Bermaafan sesama teman.
Forgive n forget.
Tutup fail lama.
Harap2 fail baru tak sarat dgn dosa.
Biasa lah, kalau dah berada di bawah satu bumbung,
Silap bahasa dan perbuatan.
Kita kan manusia biasa..
Tapi suka duka itu lah yang merapatkan kami,
seperti saudara.
memahami dan saling merasai,
berkongsi rasa, suka atau duka.

Tengok,
kami sepakat nak berinai.
hari ni jari2 merah semua.
Meriah lah raya tahun ni, InsyaAllah.
Dan berakhir lah semester ini dengan Keberkatan Ramadhan.Alhamdullilah.
Selamat bercuti Separuh Semester
dan
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua warga SKPPG.