Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Tuesday, August 23, 2011

Ya Allah, kenapalah Kau lindungkan dia dari pandangan ku..

Tolong saya.
Apa perlu saya buat.
Hilang.
Semua buku bank hilang.
Buku Tabung Haji
Buku ASN
Sijil Pelaburan
Dan yang dasyatnya,
Pasport antarabangsa pun ghaib.
Semuanya dalam satu beg kecik berzip.
biasanya ada dlm handbag.
Kalau tak pun ada dalam drawer sebelah katil.
Pah puas cari,
Habis rakyat jelata tolong cari.
Selawat dan doa tak putus.
Nujum Pak Belalang aje yg belum masuk mengadap.
Tak jumpa jugak.
Nak buat camna ni?
Tolongggggggggggggg......

26 comments:

IMANSHAH said...

semoga berjumpa semula..penting tu kak

Ibu n Abah said...

Cikgu...
bawak bacakan Yasin..
mohon diberikan petunjuk dimana tersoroknya...

Acik Erna said...

assalam hani..alah letk agaknya tu..insyaallah..nanti jumpa

hani@debumelukut said...

Imanshah,
pakat2 doakan akak semoga apa yg akak cari di temui semula..tq

hani@debumelukut said...

Ibu dan Abah,
yer lah, kepada siapa lagi kita boleh minta bantuan selain dari Nya.Ya Allah ya Tuhan ku permudahkan lah urusan ku ini..

hani@debumelukut said...

Acik Erna,
dah puas cari,dah macam kapal pecah dah rumah ni..tak tido lah hani mlm ni...mood raya pun terbantut kejap ni.

secangkir madu merah said...

ada handbag lain tak? cuba cari kat handbag lagi satu.. mungkin terselit didalamnya...

hani@debumelukut said...

Secangkir madu merah,
dah cari dah..semua kosong, jumpa gula2 yg cair dan melekit adalah ..

AZANI said...

kak hani
nenurut gigi palsu aka ustaz azam
baca yaasin, sampai mubin ikut kifayah ini ...
http://gigi-palsu.blogspot.com/2011/05/hilang.html

AZANI said...

kak hani
ini link ke article darussyifa'
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=56

kasihredha said...

saya pernah hilang 3 thumb drive yg di letak dlm beg kecik..dan tak ingat jatuh/simpan di mana. Semua gambar dlm tu hilang :(
dan saya amat memahami perasaan akak saat ini.
semoga dpt jumpa balik ye kak..

hani@debumelukut said...

Azani,
tq for the links..

Cikli said...

saya doakan semoga jumpa balik

MulutPayau said...

InsyaAllah ada tu...tersalah letak agaknya...Cuba cari pelan2 yer kak..semoga Allah permudahkan segala urusan...

Cikli said...

biasanya selepas seketika...selepas bertenang.. akan jumpa. moga-moga.

azieazah said...

Jika yakin benda tu ada dalam rumah, bertenang. Ambik masa. Tarik nafas... Lapangkan fikiran.

InsyaAllah, pasti jumpa. Cepat lambat saja...

ajumohit said...

kene gi bank balik apply baru kak, yg lecehnya passport tu kene wat report polis ke? teka2 je, saat ini pula kad kesihatan anak2 saya ilang, satgi masuk skola kene marah huhuhuu

ummiarissa said...

kak,semalam baru je rakan blogger lain hilang wang RM400 di rumahnya sendiri,puas dia mencari tak jumpa...kali ni dengar akak lak hilang barang...hmm saya mampu berdoa dari jauh agar diketemukan semula barang yang hilang tu...Amin!

ikatankasihku said...

tak boleh tido la kalau mcm ni jadinyer...
biasa brg2 ni kalau tak cari ada jer, kalau mencari time tu, geledah punyer geledah mmg tak jumpa..teruskan usaha mencarik...good luck

Kunang-Kunang said...

Mudah2an berjumpalah benda2 nanti.

a.samad jaafar said...

ohh..patut la bagi no akuan suami.. bertenang..jumpa nanti tu, insyaallah..

pB said...

Semoga dikembalikan

sal said...

aduhai..
berat mata mandang..berat lagi bahu memikul..klu tak jumpa gak, buat report dulu..

sekamar rindu said...

salam...

Ya Allah..saya cukup simpatinya...kak banyak sabar...

MULAN said...

baca surah ad-dhuha... moga jumpa nanti... kalo cari tak jumpa, kalo tak cari, ada tu nanti... selalu gitu..

cikguden said...

macam mana boleh hilang tue. salah letak ke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...