Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Friday, November 11, 2011

Sabar

Sabar ni kalau digunakan sekali sekala tu ok jer.
Tapi kalau acap sangat guna kadang2 tu habis bateri.
Bila di charge boleh guna semula.
Sabar saya ni sabar cap ayam.
Bila guna lebih masa mula lah kuar lampu kelip2 tanda nak kena cari charger.
Dan akhir akhir ni dah charge pun tak berapa menjadi.
Dah nak kong lah tu.
Dah tak berapa nak berfungsi
Nak buat macam mana lah kan, bukan setahun dua saya guna sabar cap ayam ni.
Dah lama sangat dah.
Sabar spare? owh, ada yg spare ke?
Macam tayar pulak yer.
Saya ada ke yg spare ni..? Jap nak fikir.
Laaa...yg spare pun dah kuar gambar bateri kosong kat tepi tu.
Bateri running low jugak!
Camna ni yer...............

Tuesday, November 8, 2011

Jentayu dan saya

Kenapa Jentayu?
-Saya tak segagah Jentayu tapi nak gagah begitu..Cekal, tabah dan sentiasa bangun semula.Lagipun nak pakai nama 'gagak' kang 'pipit' segan nak singgah pulak.Kalau pakai nama 'beruang' kang mcm perli diri sendiri rasanya..Huhuhuhu....!

Kenapa berblog?
-Byk sangat dlm kepala, dari bocor tak bertempat baik saya salurkan kesini..mana tau esuk2 bila saya dah gol, nak agih pusaka harta benda saya tak ada, agih blog ni aje lah.

Jentayu ni berkisar tentang apa?
- Tentang saya dah orang2 di sekeliling saya.. Tentang pahit manis perjalanan hidup saya sebagai insan yg banyak kelemahan/kekurangan. Tu pasal lah blog ni amat membosankan, tak de kupasan pasal masaalah dunia ke, bangsa2 bersatu ke....Asyik2 saya!

Apa kelebihan blog Jentayu?
-Tak ada. Sentiasa alu alukan komen dan tunjuk ajar.Opsss,ada-kadang tu terlebih N3..sampai dua tiga dlm satu hari. Ganas gitu you!

Apa kekurangan blog Jentayu?
-Banyak teramat. Paling saya takutkan ialah saya terkasar bahasa. terguris perasaan orang lain tanpa sedar,tanpa sengaja..
Kalau yg saya sengaja guris tu nak buat macam mana kan, tanggung jer lah risikonya sendiri.

Apa faedah sampingan yg saya dapat dari berblog?
- Wahhh, byk awakkk...Saya dapat kawan baru dan mengenali gaya hidup orang lain.Kadang dongak ke langit tengok blog kehidupan org atas2, kadang tunduk ke bumi banding kehidupan orang bawah2..
Dapat juga kongsi resipi, dapat maklumat terkini, dapat gosip panas dan yg penting nya dapat mengisi masa dan mengubati sepi hati seorang ibu tua..

Berapa jam sehari mengadap blog?
-1/2 jam kalau lapang,10 minit kalau buzy..Tak caya? ok, tak caya pun tak per sebab memang tak ikhlas jawapan ni pun.

Sampai bila nak berblog?
-Sampai hati dan minda sepakat untuk berhenti. Sekarang belum ada tanda2 hati dan minda nak buat macam tu..Jari aje yg kadang2 tu menderhaka, dah sakit tu mogok juga jari2 ni...

Temuramah ni ada sponsor ke?
-Adoiii....macam selebriti pulak yer. Mana ada sponsor, tiba2 terlintas nak interview.
Sendiri tanya dan sendiri jawap! Aparaaa...

Ada lagi ke soalan nih?
-Dah lah, nak pergi mandi dulu.
Mandi pakai sabun apa?
-Eh, soalan tu dah lari tajuk lahhhhh.Kwang kwang kwanggggg...

Monday, November 7, 2011

Jadi wartawan sekali sekala.

Dari bilik berita, saya 'Mak Nenek' melapurkan,
1. Dah tinggi mentari tapi tak siapa yg bangun lagi kecuali saya yg merangkap tukang masak ni.
Semua penduduk nampaknya pilih untuk sambung tidor lepas subuh, walhal yg penat giler nya tukang masak ni lah, yg sedang berkira kira nak masak apa pulak hari ni.
2. Ubat darah tinggi laku macam Pisang goreng panas hari ni. Sah!
3. Peniaga daging lembu tak perlu gesa2 berniaga, stok daging masih banyak dalam peti ais.
4. Hari ni banyak kenduri pulak..Akikah dan house warming..Niat di hati tak nak makan daging dah hari ni,nak makan tumbuh tumbuhan saja..tapi tak eluk lah kan tolak rezeki, kena jugak hargai undangan kekawan dan sanak sedara.
5. Kain baju kotor penuh bakul, langit mendung, kalau basuh mesti tak kering. Biarkan lah..
6. Baju di ampaian kat bawah porch tu dah kering tapi masih belum di angkat.Semalam sibuk dan harapkan ada makhluk bernyawa angkat ptg semalam tapi harapan berkecai...
7. Opsssss....Bunyi air kat toilet, ada yg dah pilih untuk keluar dari selimut tuh. Kejap lagi akan kedengaran lah " Mummy what's for breakfast?"APA? Ingat mummy ni mesin buat breakfast ke? Memang yer mesin pun, dah 30 tahun mesin ni berkhidmat, belum rosak lagi,hampir rosak jer..
8. Kan dah cakap, dah kedengaran ulang suara tu..Ok,ok...pagi ni kita breakfast Nasi Dagang yer.

Nasi impit dan kuah kacang semalam pun masih eluk.Sate goreng pun ada..Jom breakfast, orang yg masih tidor tu biarkan lah, kita makan dulu..........

Saturday, November 5, 2011

Moo..........Moo.........


Siapa yg berkorban dan terkorban?
'Kesian lembu2 tu kan mummy, jadi mangsa korban.." Anis mengeluh.
Anak, apa nak di kesiankan nya,
Lembu tu bernasib baik di pilih sebagai haiwan korban.
Esuk syurga menanti lembu tu.
Binatang tak ada dosa, mati mcm mana pun bersih suci.
Kita ni, dosa berdaki di badan.
Lembu2 tu sebenarnya bila tgokkan kita, mereka kesian kan kita.
Dia org cakap sesama sendiri dlm bahasa mereka sendiri
"Kesian manusia2 tu..neraka mungkin menanti.."
Dan anak ku,
Dalam kelompok lembu tidak ada manusia tau.
Tapi dalam kelompok manusia ramai yg perangai mengalahkan lembu.
Jangan kita tergolong dlm kelompok lembu jadian tu dah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...