Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, November 7, 2011

Jadi wartawan sekali sekala.

Dari bilik berita, saya 'Mak Nenek' melapurkan,
1. Dah tinggi mentari tapi tak siapa yg bangun lagi kecuali saya yg merangkap tukang masak ni.
Semua penduduk nampaknya pilih untuk sambung tidor lepas subuh, walhal yg penat giler nya tukang masak ni lah, yg sedang berkira kira nak masak apa pulak hari ni.
2. Ubat darah tinggi laku macam Pisang goreng panas hari ni. Sah!
3. Peniaga daging lembu tak perlu gesa2 berniaga, stok daging masih banyak dalam peti ais.
4. Hari ni banyak kenduri pulak..Akikah dan house warming..Niat di hati tak nak makan daging dah hari ni,nak makan tumbuh tumbuhan saja..tapi tak eluk lah kan tolak rezeki, kena jugak hargai undangan kekawan dan sanak sedara.
5. Kain baju kotor penuh bakul, langit mendung, kalau basuh mesti tak kering. Biarkan lah..
6. Baju di ampaian kat bawah porch tu dah kering tapi masih belum di angkat.Semalam sibuk dan harapkan ada makhluk bernyawa angkat ptg semalam tapi harapan berkecai...
7. Opsssss....Bunyi air kat toilet, ada yg dah pilih untuk keluar dari selimut tuh. Kejap lagi akan kedengaran lah " Mummy what's for breakfast?"APA? Ingat mummy ni mesin buat breakfast ke? Memang yer mesin pun, dah 30 tahun mesin ni berkhidmat, belum rosak lagi,hampir rosak jer..
8. Kan dah cakap, dah kedengaran ulang suara tu..Ok,ok...pagi ni kita breakfast Nasi Dagang yer.

Nasi impit dan kuah kacang semalam pun masih eluk.Sate goreng pun ada..Jom breakfast, orang yg masih tidor tu biarkan lah, kita makan dulu..........

9 comments:

Bunga Tiong said...

salam sis Hani.wow sedap nampaknya nasi dagang tu.

Marina Monroe said...

Ohhh..dahsyatnya prepare nasi daging for breakfast? sedapnya..

sal said...

sedapnya breakfirst..selamat menyambut AidilAdha..moga ceria2 selalu

insan_marhaen said...

dalam pada merungut-rungut tu, makanan siap juga.

dalam malas-malas itu, banyak juga mata lauknya!

MulutPayau said...

Assalamualaikum Kak Hani...
Selamat beraya...jngn makan daging bnyak2 tau...
Wahhh...ada nasi dagang rupanya...nak jugak...!!!

Acik Erna said...

Assalam hani..nak buat macam mana..macam la tugas kita yang tiada akhirnyanya..kecuali selepas dijemput tuhan..

Kamariah Awang said...

Kerja suri rumah dan ibu rumahtangga takkan selesai selagi ada usia... Tapi masih bersyukur kerana diberi kesihatan dan kudrat oleh Allah swt.

ILA HonEyBuNNy said...

fuhhh..mata ila terlilau-lilau nampak makanan ja neh....enaknya...

Cikli said...

sempat lagi wartawan ni buat nasi dagang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...