Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, November 13, 2008

Merpati dan aku


Lima puluh ekor merpati

Dalam satu sarang

Untuk ku lepaskan esuk hari

Di perayaan sempena kebebasan

Merpati itu kata empunya nya

Tidah pernah terkurung

Sentiasa bebas dan

Berterbangan

Jinak sungguh

makan di tangan

Sewaktu aku meminta

Untuk ku kurung merpati itu

Gusar sekali dia

Takut merpati

terpenjara hati

Bimbang merpati

patah sayap nya

Setelah berjanji berkali kali

Untuk lepaskn kembali

burung itu ke udara

dia menarik nafas lega

kata nya

nikmat kebebasan

hanya dirasai nya

selepas sepuluh tahun

berada diluar

tembuk penjara

Alangkah indahnya

Jika aku menjadi

Seperti merpati

Milik bekas

banduan ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...