Selamat pulang ke tanah air anakanda Sham dan Zai. Selamat memulakan tugas setelah bertahun menimba ilmu di perantauan..
Selamat berangkat semula anakanda Ikhwan ke Cardiff. Pandai pandai lah jaga diri di bumi orang...
Anakanda Nazrul yang datang dan pergi, sentiasa berada di awan biru..Semoga sentiasa ceria dan hadapilah hari muda mu dengan mengumpul sebayank mana pengalaman hidup yang dapat di kutip...Hari ini agaknya di bumi mana hinggap mu?
Buat anakanda Ja yang akan pulang bercuti, insyaAllah, masa untuk Ja kembali dan menetap di bumi bertuah ini akan tiba jua...Masa menentukan segalanya..
Anakanda Ayi dan Farah yang disayangi, terima kasih kerana rajin menjenguk kami disini tapi kami rasa terkilan kerana tidak dapat menyambut kedatangan anak berdua baru baru ini kerana masa dan keadaan tidak mengizinkan..
Kalau ada sumur di ladang,
dapat saya menumpng mandi
Kalau ada umur yang panjang,
Dapat kita berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment