Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Saturday, April 4, 2009

Ubat duka yang terbaik...


Ha ha ha...
He he he...
Wa kah kah...
Tak kira lah macammana pun...janji gelak!

Gelak menggurangkan stress.
I ni memang kuat ketawa tapi depending mood jugak..Kalau hati tak tenteram, jokes yang macam mana lucu pun tak akan dapat memancing ketawa.
Kadang kadang ketawa ni macam and suis..kalau dah terpasang suis tu benda remeh temeh pun jadi lucu..dah tu susah nak stop pulak, terkekek kekek. Waktu tu rasa nak pejam mata sebab tengok muka orang pun nak terketawa...tambah2 kalau ada teman yang sama waktu dengan nya.Alamat boleh pecah perut laa..
Ada juga lawak yang kita tak hingin nak ketawa...lawak yang di buat oleh orang yang telah menyakitkan hati kita..konon nak sejukkan hati kita lah...mau nyer, nyampah ada!( Kadang tu tak tahan nak ketawa jugak tapi ego ku buat aku mencuka..dalam hati macam digaru garu...)
Bab kejadian yang melucukan ni banyak, dah tak ingat kalau nak dikenang semua nya. Tapi sampai hari ni kalau terkenangkan insiden 'Lawak laksa' antara I dengan Za, boleh tersenyum sorang2..sampai mati I tak lupa...shyyy!!! tak nak cerita,rahsia kan Za.
Satu lagi lawak giler masa berkunjung ke Surabaya bersama my mum...Kan Ja? Ja lah saksi aku ketawa gulung2 kat dalam bilik tu...My daughter Ja and I memang beair-air mata ketawa..Alahai Che dearest, lainkali tak nak dah bawak Che kat sini...buat sakit perut kami jer.
Alhamdullilah, syukur kepada Tuhan....Kalau lah Tuhan tidak selitkan adegan adegan lucu ni dalam hidup ku seharian macam mana lah agak nya...Sekurang kurang nya dapat juga sedikit ketenangan bila sekali sekala dapat mengurangkan tension dengan ketawa..
Teman ketawa memang ramai..tapi tak semua teman ketawa akan ikut menangis di waktu kita mengalirkan air mata...Malah tak mustahil ada yang sengaja buat tak tau jer tenguk kita berduka cita...
Terima kasih Tuhan, bersyukur kerana teman ketawa ku adalah teman yang jitu...

1 comment:

Anonymous said...

Lawak laksa tu gila babi punya lawak. Babi gila pun tak berani buat tindakan sadis macam tu.Sampai sekarang klu tengok laksa dari jenis apa pun,rasa CURAM (lucu + seram ).Kena pekik dengan heler dek UPP pun tak cemas macam tu...tipu org jual selipar atas pasar siti khatijah pun penuh yakin,,bakar ayam pun tanpa rasa takut.Tang laksa ni..tak tahu nak cakap apa!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...