Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, April 6, 2009

Menghargai seni

Berdiri di tingkap di bilik guru,aku memerhatikan buruh kontrak menyusun
'Crazy Paving'.
Bentuk kelarai yang dihasilkan begitu menarik sekali. Simple tapi cantik.
Pagi ni dah dua tiga kali aku singgah di tingkap..
Dari beberapa keping dah jadi satu hamparan..
Aku memang suka bab hias, atur dan susun ni..
Kalau di beri peluang nak jugak cuba.
Try pattern lain, buat 'Mexican design' ke..'Animated Design' ke...
Best nih!
Kesian jugak tengok mereka bekerja..
Berpeluh peluh memunggah bata dan matahari pun ramah benar pagi ni..
Tiba tiba kedengaran sapaan dari teman guru yang agak nya dari tadi memerhatikan aku menongkat dagu di tingkap.
" Kalau rasa nak tolong atur bata tu pergi je lah tukar profesyen, biar mamat tu yang masuk kelas awak hari ni...."
Laa..Kesitu pulak mereka nih. Jangan di suruh sekali lagi..Aku betul betul turun ke bawah dan join budak2 boroh tu kang, baru ternganga u all nanti..

2 comments:

Saidatul Afifah Auni said...

mami,ifah ni.koloh kito ado bangunan baru ko????

hani@debumelukut said...

yup..sedang dlm pembinaan..dah berubah wajah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...