Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Thursday, August 21, 2014

Jujur seorang anak murid

Saya arahkan murid duduk dalam bulatan.
Susun kerusi untuk murid, satu kerusi murid utk saya juga.
"Ok, you can sit down now"
Mereka duduk di sekeliling saya.
Saya perasan yg kerusi saya x stabil.
Macam goyang sikit.
Haish! Camna nak duduk ni, kang trjatuh pulak.
"Ticer, ticer ambik kerusi saya, "
Spontan Aqim nak tukar kerusi suka sama suka dgn saya.
" Tq Aqim, so thoughful of u. Tapi kerusi ni dah goyang kang jatuh Aqim nanti"
Sejuk hati saya dapat anak murid yg prihatin tanpa di suruh.
"Tak per ticer, saya kecik jer tak runtuh nyer kerusi tu..."
Faham. Terang dan nyata maksud dia.
"Knapa? Aqim agak kerusi ni patah ke kalau ticer duduk jugak?"
Saja saya nak cungkil jawapan dari Aqim.
"TIcer kan gemuk....."
Sah terbukti Aqim ikhlas!
Jujur.
Terima kasih Aqim.
Aqim terus terang tak macam orang lain termasuk awak.
Seorang murid darjah 3 sudah berikan sijil pengesahan 'gemuk'  buat saya.
Huhuhuhuuuu....!


7 comments:

muhaini said...

Dok senyum sorang2 ni. Tp Cikgu, bohong sunat sekali sekala takper kan .... ;-)

Kakcik Seroja said...

Anak-anak memang jujur. :)

Ibu n Abah said...

Akim tu berani kerana benar...
Ekekekeke
Atau
Lurus bendol
(Tak kisah keselamatan diri)

Anonymous said...

painfully true but when it comes from the innocent young, we the sharp pain turns to cheery dose of laughter.

Chik Att said...

budak budak ikhlas.... cakapnya tak ada selindung selindung ..kih kih kih ...saya selalu kena ...

Kak Rose said...

Jujur nya jawapan anak2....motivasi untuk cikgu sebenarnya!

Irfa said...

memula sejuk ati
ending panas hati sbb dikata gemuk
tp budak2 mmg telus
anak kecik saya terus terang cakap
'umie kena bersenam sbb umie macam dah gemuk' uwaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...