Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, August 4, 2014

kaji selidik yg buat otak jadi berkudis

Bila di fikir kembali, di kaji dan di conggak..
Setelah 33 tahun menjadi kuli mencari rezeki,
Membantu keluarga,
32 tahun menjadi isteri,
Susah senang berumah tangga
31 tahun menjadi ibu
Membesarkan anak2 sebaik daya
53 tahun menjadi manusia
Rebah bangun pahit getir kehidupan,
apa yang saya dapat?
Apa hasil tuaian saya?
Menjadi realiti kah mimpi2 lama itu?
Sia sia kah usaha?
Terbuang begitu saja kah masa?
Apa yg ada buat saya, untuk saya?
Di pengakhiran usia,
Segala pengorbanan, segala harapan
Lebur di telapak kaki
Saya tidak ada apa apa.
Nothing.
Merely nothing!
Kosong sekosong kosong nya.

Kata orang segala yg di dunia hanyalah sementara.
Anak, harta, kejayaan, kebahagiaan, kasih sayang,
Betul, tapi walau pun hak milik sementara,
Nak juga...
Jangan hipokret lah.

2 comments:

Al-Manar said...

Memang betul "Kata orang segala yg di dunia hanyalah sementara.
Anak, harta, kejayaan, kebahagiaan, kasih sayang," Sebaliknya kalau kita memberi sebahagian dari yang kita ada untuk masyarakat yang lapar dan dahaga kita akan terus kaya didunia ini dan disana. Shukurlah yang 53 itu tetapi guna lah sebahagian yang baki selepas ini berbakti kerana NYA

merahsagu said...

yg kita dapat ialah merasai menjalani kehidupan susah senang yg telah ditentukan olehNYA. Kita tiada pilihan melainkan mengikuti apa yg telah ditakdirkan. DIA boleh berbuat sesuka hatiNYA sebab diri kita pun bukan milik kita.Wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...