Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, August 11, 2014

Sabar Sang Bulan

Kata orang, malam tadi bulan paling hampir dengan bumi.
Sepi kah kau bulan sehingga begitu sekali kau dambakan teman.
Malu2 bumi kau hampiri,
Cuba berkongsi duka agaknya.
Sekian lama tergantung di dada langit, bersendiri.
Bintang nan berjuta hanya penghias malam mu
Sedang kau masih diam berdiri sendiri.
Cantik nya kilau cahaya mu,
Menghiburkan hati yg memandang
Penawar duka
Tapi
Sayang sekali duka Sang bulan tidak siapa yg ambil peduli
Mentari pagi merangkak mendaki kaki langit.
Sang bulan berundur tanpa di suruh
Seakan mengerti siang tidak memerlukan nya lagi.
Diam lh disebalik cahaya suria
Jeruk lh duka mu seada mya
Biar berpekasam dalam diri.
Malam in jika kau datang lagi menghiasi dada gelap
Hadiahkan aku senyum mu yang berseri seri,

Biarlah hanya aku yang tau
Duka mu tebal, diam bersembunyi,

4 comments:

mokjadeandell said...

kat sini semalam tak dapat tgk bulan.Kilat sabung menyabung ,guruh pula berdentum dentam..terbayang Gaza..

hj ibrahim said...

cantik ... boleh masuk 'paper'ni.

makcu B said...

Makcu juga nampak bulan ini semalam.

Ibu n Abah said...

Mujuqlaaa mlm 15 tu kami antar tamu pulang.. Dpt menikmati keindahan bukan mengambang penuh.
Subhanallah... Mmg sgt cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...