Tetamu yang sentiasa memeriahkan laman saya..TQ

Monday, January 5, 2015

Cakap mudah, siapa pun boleh cakap...

Satu ketika dulu
Awak pernah pandang ke dalam mata saya dan berkata
Sabar lah Hani
Semua nya ini ujian dari Allah
kerana Dia lah perancang yg terbaik
Jangan kelu kesah, redha saja.
Think positive.

Semalam sewaktu bersalaman
Itulah juga kata2 yg keluar dari mulut saya
Pandangan dia suram
Seakan masih binggung dengan musibah yg menimpa
Dia menangis dan memeluk saya erat
Sekali lagi saya berpesan
Kuatkan semangat k, be strong.
Tuhan pilih kamu sebab kamu kuat.
Sabar dan redha lah.

"Bukan senang nak sabar dan redha.." Kata awak.
Haaa kan?
Kan?
Now you know.
Sekurang kurangnya sekarang awak tau kenapa selama ni saya menangis setiap kali awak
guna ayat begitu.
Welcome to the club dear.
Mata yang memandang tidak akan tau berat nya bahu yg memikul.
Sabar dan redha lah yang membolehkan kita terus melangkah ke depan.
Kalau tak sabar dan tak redha, tak macam ni lah saya ni,
Entah2 dah tak berblog pun...
Who knows except Allah.



5 comments:

Kakcik Seroja said...

Benar tu...

Hanya Allah yang mengetahui segalanya.

Irfa said...

betul, sbb tu bila sesapa yg sy kenal diduga, sy buntu nak komen apa
cuma mampu doa dalam hati, kalau sy cakap 'sabar, ada hikmah disebaliknya' rasanya dia pun dah muak dgr

Nizam.Ariff said...

Perit mcm mana pun, hanya tuan punya hati yang merasa..m
How to describe 'perit' in words? Tiada perkataan yg cukup untuk membuatkan org lain boleh rasa....mereka boleh dengar tapi tak boleh rasa...

Ibu n Abah said...

Benar
Tak kena tak tahu
Semuga ALLAH permudahkan segala dugaan yg diterima
Boleh cakap sekadar itu
ALLAH yang Maha Mengetahui

Unknown said...

assalam akak,

would hesitate to say i understand u... i feel u because i am not the one going through...

yet... what do i say when i see my friends are enduring all kinds of pains??? what can i say to show my empathy not simply sugar coat sympathy? I want them to know that I would like to help to offer whatever i could....

lotsoflov
rusmin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...