Betul ke?
Allah hu, zalim nya.
Berita pasal anak bunuh mak
Humban dalam tangki najis.
Astaqfirullahilazimmmmm....
Menangis saya baca berita ni.
Dia seorang ibu seperti saya.
Dia selama ini lindungi anak nya
Walau tau anak penagih
Walau masyarakat menyisih
Hati ibu tua tetap menerima anak seadanya.
Pastu, ni balasan si anak?
Ni cara sayang mak?
Berapa ramai mak yg dia ada?
Bunuh yg ni, ada mak lain ke menanti?
Saya bayangkan....
Saat berdua berdepan mak dgn anak setan.
Takutnya mak itu..
Anak sepatutnya melindungi mak.
Tapi anak ini menyerang mak.
Mana mak nak lari?
Nak minta bantuan siapa?
Bergetaran lah setiap urat nadi
Ketakutan melihat mata anak.
Tidak ada belas, tidak ada sayang.
Bercucuranlah airmata mak
Merayu meminta simpati..
Kudrat tua tidak akan mampu menangkis serangan
anak kuat gagah perkasa...
Di hati hanya persoalan kenapa anak ku?
Jangan anak, sakit anak, ampunkan mak wahai anak..
Mak mintak ampun pada anak?
Dah tuli telinga anak.
Dah keras hati anak.
Yang mak kandung dulu bukan anak,
tapi setan.
Yang mak lahirkan dan besarkan bukan cahaya mata tapi
binatang .
Kalau tahu begini jadi nya
Eluk mak bunuh dari dalam rahim lagi
Eluk mak buang janin dalam parit
Eluk mak tak payah ada anak.
Tak apa, mak sanggup tanggung dosa itu
Dari memberikan nyawa kepada seorang anak
Dan akhirnya
Anak itu lah yg mengakhirkan nyawa seorang mak.
Semoga anak ini sempat bertaubat dan insaf sebelum mati.
Apa juga yg mak dia lalui, paling dia tak mahu anak dia jadi durhaka
dan kemudian mati tanpa sempat bertaubat
dan dosa2 itu mengheret anak itu ke neraka.
Agak2 mak dia dah maafkan dia tak?
Semoga roh mak dia ditempatkan bersama orang2 yg soleh..
AlFatihah...
1 comment:
Al fatihah..
Kesian kan kak.. ya Allah...x terbayangkan saat2 akhir nyawa mak ditangan seorang yg dipanggil anak. Xder belas lagi dah..
Post a Comment