Anak anak
Kalau kamu perlu menjadi burung yg terbang bebas
Jangan lah menjadi helang
Angkuh menyapu awan
Bertenggek di dahan paling tinggi
Mengintai mangsa menunggu masa
Menerkam penuh kuasa
Jangan juga cuba jadi garuda
Mengaum dan sayap menyapu dunia
Merosakkan segala
Kedatangan mu tidak dinanti
Kehadiran mu bagai bala turun ke bumi
Tapi jadi lah layang layang
Malu2 bersarang dlm kelam gua
Hinggap di bucu atap dan tidak merosak.
Dalam diam kamu menenun emas
Ada harga dan dipuja puja.
Atau jadi saja murai kecil yg hina
Menyambut suria pagi dgn ceria
Merdu suara mengubat telinga
Menghibur hati semua
Tapi sekiranya kamu pilih untuk menjadi
Burung besi...
Terbang menguasai langit
Berlepas dan mendarat mengikut jadual
Memisahkan dan menemukan hati
Berbakti.
Jadilah burung besi yg rajin berkhidmat
Jangan hilang dari radar dan tersasar
Jangan lenyap tanpa berita
Kerana bonda di sini adalah
Helang yg sentiasa memerhati dan mengawasi
Garuda yg berkuasa ke atas kamu
Murai yg sentiasa ada buat kamu berkongsi suka duka mu
Dan kadang2 bonda pun burung besi.
Tapi burung besi tentera yg berjuang demi
Menyelamatkan anak negeri...
Tapi setiap kali nya bonda hanya lah airport yg menanti nanti
kepulangan dan menangisi pemergian.
Anak anak
Terbang lah semau mu
Langit itu persinggahan.
Bumi lah kekal setia menerima mu bila
sayap mu telah penat
dan
kaki mu rasa ingin mendarat.
No comments:
Post a Comment