Rasa tua la pulak.
Walhal bukan hari ni jer tua.
Dah bertahun tahun tua.
Hari ni tambah setahun lagi ke'tua'an nya.
Tua pada usia fisikal.
Usia minda bagaimana?
Sepatutnya tambah matang lah.
Pengalaman hidup 58 tahun ni bukan sedikit.
Liku hidup, susah senang menjadi saya.
Syukur Alhamdullilah.
Walau tak sehebat kehidupan orang lain,
saya redha, menerima segala kekurangan diri
dan kekurangan lain nya.
(Termasuklah kekurangan harta, rupa, budi bahasa
dan sebagainya)
Saya tidak punya apa apa dan tidak menyesalinya.
Kerana segalanya sementara saja
Segalanya hak Allah.
Di beri pinjam pun dah kira mujur sgt
Usia adalah pinjaman.
Harta adalah pinjaman.
Kesihatan adalah pinjaman.
Anak cucu menantu semua pinjaman
Suami pun pinjaman
Dan saya telah kembalikan pinjaman itu ke ribaan Dia.
Dia yg maha berkuasa.
Saya tak tau bila tapi pasti saya akan menyusul juga.
Terima kasih pada yang tak putus2 kirim ucapan.
Ada yang bertanya, saya nak hadiah apa..
Well well well....
Boleh tak awak hadiahkan saya kasih sayang yg tak bertepi?
Hadiahkan sokongan moral dan bahu untuk sandarkan duka?
Hadiahkan masa dan perhatian?
Hadiahkan doa dan ingatan?
Boleh?
Tu aja saya nak.
Tapi kalau awak nak bagi duit berjuta boleh gak.
Nak bagi ferrari ke
Banglo 14 juta ke
Rezeki jgn ditolak.
Sanggup bagi tak?
Dah, kalau x sanggup jangan tanya!
Ada juga yg nak bagi saya ubat awet muda..
Hahahahahahahaaaa.....
Tak payah.
Saya dah cukup muda dah kalau awak banding saya dgn dinasour.
Pun jauh lebih muda saya dari pokok getah di kew garden.
Artifek sejarah di muzium pun lebih tua dari saya.
Nak rasa muda, pindah duk dalam muzium.
Tau tak per.
No comments:
Post a Comment